Mcdonalds ada bahan awet yang tinggi? kisah geli!

2:07 am in fakta

inilah akan terjadi kalau diamalkan selalu

Salam semua!

Korang pernah tak tengok kecoh pasal link dalam facebook yang kononnya mengisahkan bahaya mcDonalds ? Terpaksalah sebarkan link itu baru dapat tengok. Sebenarnya aku pun cuba try test nak lihat, then tak dapat.

So tanyalah kekawan yang pernah lihat, diorang cakap ada video menunjukkan pembuatan dan cara mcdonalds itu dihasilkan. Amat ngerilah kalau disimpulkan. Aku pun try cari di youtube. Salah satu dua video yang amat tak disangka.

Maybe ada diantara korang yang tak dapat tengok, meh sini aku simpulkan. Dalam video itu menunjukkan beberapa burger mcd dan french fries mcd diujikaji di dalam balang tertutup sambil 1 burger dan kentang goreng biasa sebagai pemalar dalam eksperimen ini.

Apa yang dimanipulasikan pula adalah minggu setiap makanan tadi disimpan. Minggu kedua menunjukkan burger biasa sudah kelihatan terurai, manakala burger mcD menunjukkan struktur masih berkeadaan elok. Kentang goreng biasa sudah berkulat, manakala french fries mcD still ok!

Minggu ke-3, burger biasa menunjukkan hampir terurai semuanya, manakala burger mcD baru hendak mula terurai. Kentang goreng biasa menunjukkan sudah mula terurai manakala french fries still ok!

Minggu ke-5 kesemua burger mcD kelihatan hampir terurai sepenuhnya, tapi burger biasa sudah lama terurai.  Kentang goreng biasa semakin terurai manakala french fries mcD still ok!

Minggu ke-8 aku skiplah ea. Keadaan burger memang menggelikan,heee. Tak nak cerita dah.

Minggu ke-10,french fries still ok! Akhirnya ujikaji ini diberhentikan.

Korang agak berapa lama lah french fries mcDonalds ini bertahan ek kalau eksperimen diteruskan?

Aku pun just 50% je percaya video ini, kalau korang nak buat eksperimen ini silakan. Baru kita tahu kebenarannya atau auta semata.  :)

Sekian terima kasih.

Yang ini kes pembeli chicken wings, tapi yang dapat kepala ayam, eiii!