Bimbingan perempuan kena rogol dengan boss!

Posted on the March 8th, 2010 under informasi by

Salam.

Tadi aku baca news metro online. Bosan-bosan buka pula bahagian bimbingan. Tengok masalah rakyat kan,haha… Lepas itu aku tertarik dekat satu soal jawab yang pada aku amat bercampur baur perasaan bila baca. Dalam otak aku fikir , kenapalah bodoh sangat perempuan ini,. Tapi bila aku fikir kalau dekat tempat dia, aku pun pening. Lagi-lagi perempuan yang lemah lembut dan mudah takut atau kurang berani.

Al kisah ini aku copy 100% dari metro ok.
Sila layan.

SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.
Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.
Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.

Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.

Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.
Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.

Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.

Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.

Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?
Mangsa Bos
Masai, Johor

DR simpati dengan nasib menimpa adik. Mereka sepatutnya membimbing dan melindungi adik, bukannya berterusan mengambil kesempatan ke atas kecantikan adik. Kak Intan memang kejam kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan bos. Bos pula menggunakan kuasanya untuk memuaskan nafsu sendiri.

Situasi adik memang sukar. Jika memilih meneruskan kehidupan seperti sekarang, adik pastinya mendapat gaji lumayan tetapi kehilangan banyak perkara dalam hidup termasuk maruah diri, perasaan takut (gadis lain akan terjebak seperti adik) dan rasa bersalah terhadap tunang. Jelasnya, adik rasa tidak tenteram dalam hidup.

Tetapi, adik punya pilihan iaitu untuk berani melakukan sesuatu bagi memberhentikan lingkaran pusingan kehidupan yang membelenggu diri adik. Ini bermakna, adik perlu berani memilih untuk berpindah atau melaporkannya kepada polis.

Jika pilihan kedua adalah matlamat hidup, adik perlu mengorientasikan diri bahawa adik boleh mendapatkan pekerjaan lain. Adik perlu bersedia untuk tidak mendapat gaji setinggi yang diperoleh sekarang. Namun, jika adik seorang yang cekap bekerja dan ditambah dengan pengalaman kerja yang ada, peluang untuk memperoleh pekerjaan adalah tinggi.

Gunakan keyakinan diri dan pengalaman untuk beralih kerja lain. Setiap perubahan yang dilakukan dengan niat baik pastinya akan mendapat ganjaran yang juga baik.

Nampaknya, sudah berlaku elemen ugutan oleh Kak Intan dan bos terhadap adik dengan mengambil gambar seksi adik. Membiarkan ugutan itu bermakna adik mempersetujui tingkah laku mereka. Ini turut menyebabkan mereka lebih berani bertindak dan menganggap mereka boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengugut dan merogol adalah perlakuan jenayah dan jangan dibiarkan berterusan.

Semakin lama adik berterusan hidup begini, semakin sukar bagi adik untuk memberitahu perkara sebenar kepada tunang.
Jarak masa adik memberitahu tunang mengenai perbuatan bos terhadap adik itu turut memberi kesan kepada sejauh mana adik merelakan perbuatannya itu.

Satu lagi masalah yang adik hadapi iaitu selama mana adik boleh merahsiakan perkara ini.

Oleh itu, lebih baik dia mengetahui perkara ini daripada pengakuan adik sendiri, bukannya orang lain.

Jika tunang ikhlas, dia perlu menyelamatkan adik daripada perlakuan nafsu ganas bos adik itu. Namun, yang paling penting, adik sendiri perlu bersifat ikhlas untuk menyelamatkan perhubungan dengan tunang. Caranya ialah keluar daripada cengkaman Kak Intan dan bos serta memberitahu perkara sebenar kepada tunang. Pilihan adalah di tangan adik. Sering kali keputusan baik memberi kesan yang sukar pada peringkat awal tetapi amat baik dalam jangka masa panjang yang akhirnya menemukan individu pada dirinya sendiri. 


TAMAT….

Wahai kaum wanita, korang harus berani beb! Jangan biarkan orang mempergunakan diri itu sesuka hati.
Banyak kes yang aku pernah dengar macam ini, alasan sebab takut. Kalau terus berdiam, makinlah masalah itu terbeban dalam kepala.

Contohnya, aku pernah dengar kes seorang awek yang habis dikerjakan balaknya. Dikerjakan disitu bermakna dipukul, diterajang, disepak , diduakan dan macam-macam lagilah yang “di” . Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah si perempuan ini takut sangat nak putus atau nak lepaskan balaknya yang perangai ala-ala setan itu.

Bila aku kaji, sebenarnya silap perempuan itu sendiri, dengan mudah memberi “mahkota” yang dianggap sebagai hadiah kesetiaan. Kononnya dan harapan si lelaki akan terus memberi kesetiaan. Please la beb!, tak ada maknanya itu. Lelaki macam itu nak dijadikan calon suami??? Memang dalam hal ini lelaki yang salah, tapi yang perempuan ingatlah. Jangan terlalu mudah untuk menyerah.

Oklah, aku pun bukan  pakar motivasi. Tapi just mahu membuka hati para awekz ini. Sayangilah diri anda. Sifat lemah lembut itu perlu dikekalkan, tapi sifat berani dan tak mudah kepada pujuk rayu juga perlu ada.

Sekian, terima kasih…

Kisah kekasih dan kena marah !

Posted on the May 7th, 2014 under informasi by

Marah kekasih menipu

Saya pemuda berusia pertengahan 20-an dan bekerja di sebuah kilang di Kelantan. Masalah bermula apabila mengenali seorang gadis berusia setahun lebih muda daripada saya.Hubungan yang terjalin sebagai kawan akhirnya bertukar menjadi serius.

Teman wanita pernah bercerita mengenai kisah hitamnya tapi saya menerima dia seadanya. Hubungan kami menjangkau dua tahun dan saya semakin menyayanginya. Kami bertemu dengan ibu bapa masing-masing.
Baru-baru ini dia ada menceritakan kisahnya dirogol rakannya sewaktu belajar dulu. Dada saya bergetar mendengarnya. Apa yang menimbulkan rasa marah dan kecewa ialah katanya dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Namun, apabila saya meminta bukti laporan polis itu dia berdolak-dalik. Dia memberitahu keluarganya tidak tahu mengenai perkara itu.

Akhirnya teman wanita memberitahu dia tidak membuat laporan itu kerana takut keluarganya malu. Akhirnya dia mengaku dia memang tidak pernah membuat laporan. Semakin hari saya semakin serba salah dengan hubungan kami. Saya tahu dia berbohong kerana tidak mahu ditinggalkan. Hati saya semakin marah kerana pembohongannya, malah ia semakin membara apabila melihat dia mula membuat perangai.

Saya ada hasrat untuk berkahwin dengannya, namun dalam keadaan ini bagaimana kami mahu hidup bersama. Memang ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh dipilih tapi apakan daya saya masih cintakan teman wanita. Bagaimana mahu saya lupakan kisah teman wanita itu?
INSAN LEMAH,
Kelantan

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah di ruangan ini. Harap adik dalam keadaan sihat dan sejahtera. Berhubung isu diutarakan, Dr faham adik masih ragu-ragu dengan pilihan hati untuk dijadikan pasangan hidup. Ia berikutan ketidakjujuran gadis itu berhubung kes rogol.

Dalam situasi ini, Dr yakin adik sendiri boleh memahami tujuan atau sebab mengapakah dia bertindak sedemikian. Pengalaman dirogol bukanlah satu perkara mudah untuk dilupakan berikutan membabitkan maruah diri juga keluarga.

Sebagai teman istimewanya, adik seharusnya memberi semangat untuk dia meneruskan kehidupan tanpa mengenang peristiwa pahit itu. Dr memahami niat baik adik yang ingin menuntut pembelaan terhadap jenayah seksual berkenaan. Namun, sama ada melaporkan atau tidak, itu adalah pilihannya sendiri.

Malah, pada perkiraan Dr adalah tidak berbaloi adik menjadikan isu ini sebagai sebab kemarahan atau dendam. Dr tidak pasti jika perasaan marah atau dendam itu disebabkan perkara lain yang tidak dinyatakan di sini. Di sini Dr ingin menyarankan kepada adik meredakan perasaan negatif itu dengan menganggap perasaan itu sebagai racun yang akan menjadi barah yang sukar diubati. Hanya adik yang boleh mengawal diri mengenai emosi itu.

Sebagai manusia kerdil, bukanlah kuasa kita me­ngawal orang sekeliling untuk mengikut rentak yang kita ingini. Tambahan pula, adik masih mencintai teman wanita dan berniat mengahwininya kelak.

Perasaan cinta boleh melahirkan sifat memaafkan jika benar adik ikhlas terhadap dirinya. Malah, perasaan cinta adalah mengenai kemampuan kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri orang tersayang.

Akhirnya, jika adik merasakan kesukaran untuk melupakan peristiwa yang pernah dialami kekasih, lebih sukar lagi bagi dia untuk menghapuskan ingatannya terhadap pengalamannya pernah dirogol. Seperti yang Dr nyatakan, adik boleh menjadi kekuatan untuk dirinya menghadapi situasi ini. Ia akan mudah untuk dilupakan jika adik yakin kisah silam bukanlah penentu kepada kebahagiaan dan kejayaan seseorang.

Ini kerana, masa sekarang adalah lebih penting untuk difikirkan kerana kita mudah untuk me­ngawalnya berbanding masa lalu yang tidak boleh diubah. Dr mendoakan adik mampu untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Adik perlu memperbanyakkan doa kepada Allah supaya hubungan adik dengan teman istimewa berjalan lancar dan dipermudahkan untuk menjalin hubungan diredai sebagai suami isteri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Marahkekasihmenipu/Article/index_html