Harga pelacur murah mahal siapa yang tahu ?

7:30 am in informasi

harga bayaran pelacur mengikut bangsa.

Assalamualaikum semua.

Teruskan bacaan korang.

Selama hampir 10 tahun menjadi wartawan di mana sebahagian besar di Meja Jenayah, tak keterlaluan aku katakan dah beratus operasi dan serbuan telah aku pergi tapi terus terang aku katakan, dalam banyak-banyak serbuan itu, aku paling jarang sekali pergi operasi anti maksiat atau ‘tangkap basah’

Entahlah, memang aku tak gemar pergi operasi sebegitu…ini kerana tak sanggup aku tengok anak-anak gadis yang masih di sekolah ditangkap ‘bergomol’ dengan Bangla, aku tak sanggup tengok wanita yang berpurdah sampai ke pusat dicekup ‘bergusti’ dengan apek tua dan sebagainya

Lagipun memang polisi majikan lama aku yang tidak menggalakkan kami membuat liputan kes-kes macam ni, yelah, aib oranglah katakan, tu kena jaga jugak ,lainlah bila kes itu dah dibawa ke mahkamah, yang ni memang tak boleh elaklah sebab kes di mahkamah dijalankan secara terbuka

Aku nak cerita hari ini bagaimana pengalaman aku menyertai serbuan di rumah-rumah pelacuran di sekitar bandaraya tidak lama dulu selalunya ia dilakukan oleh pegawai Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7)

Adakalanya ia turut disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKL, MPPJ, MPSJ dan sebagainya, setakat tengok pelacur lari bertelanjang bogel tu takyah citerlahkan, malah ada pelacur yang kami jumpa bersembunyi dalam tangki air berjam-jam lamanya sampai naik kecut badan-badan dioarang semua.

Ada juga insiden di mana pegawai polis pula dimarahi pelanggan, ini mengingatkan aku dalam satu serbuan di Subang Jaya

seorang lelaki Cina ni siap ‘sound’ sorang anggota polis ni

” Aiyyyaaa, saya sudah bayar banyak mahal maaa, kasi tunggu saya keluar air dululah!,” katanya yang tetap selamba meneruskan ‘aksinya’ dengan seorang pelacur warga Indonesia walaupun biliknya dah diserbu!

Kekadang kelakar juga bila difikirkan balik

Tetapi dalam banyak-banyak serbuan, sampai sekarang aku masih teringat sebuah bilik yang kami serbu di Lorong Hj. Taib, Chow Kit beberapa tahun dulu

Selalunya bilik-bilik pelacuran ni, terutama yang ‘kelas rendah’, macam sarang tikus ,yang ada cuma katil, tilam nipis dan pili air…aku rasa bilik stor pun cantik lagi

Tetapi ada satu bilik yang kami serbu di Lorong Hj Taib ini untuk pengetahuan korang, cukup bersih dan kemas, walaupun tak secantik bilik pengantin, tetapi langsung tak menggambarkan seperti sebuah bilik penyundalan. Siap cadar, langsir beropol-ropol, wangi..sekali imbas seperti bilik tidur kelamin kat rumah kita gayanya dan yang paling mengejutkan, si pelacur ini menggantung ayat-ayat Al-Quran di biliknya

lantas aku teringat hadis sahih riwayat Al-Bukhari yang berbunyi;

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir.

Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.

Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

Malah pendakwah terkenal, Dr Asri Zainal Abdin pernah mengulas mengenai peristiwa tersebut

menurut Dr. Asri, perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?!

namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

aku sangat setuju mengenai perkara tersebut, kekadang kita ini hanya menilai seseorang itu hanya dari sudut luarannya saja

walhal perkara syurga dan neraka itu adalah kuasa mutlak Allah di mana kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan pandangan mata

mungkinkah pelacur yang menghuni bilik tempat di mana kami serbu itu juga salah seorang ahli syurga?

Wallahualam, ingat, bila Allah berkehendak serta menghendakinya,dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Allah berfirman kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah dia

kun faya kun.

—aku dapat email ditulis oleh syahrilkadir—

Pada aku lah kan,  para pelacur ini bukan takda otak untuk fikir secara rasional malah ada yang memegang title mahasiswi. Bukan juga kerana hati mereka gelap.  Tapi sebenarnya sifat tak bersyukur tiada dalam diri, mereka terlalu mengikut nafsu “kejar duit dengan mudah”.

Kesimpulannya bak kata syahrilkadir itu, siapakah kita untuk menilai seseorang manusia di sisi Allah. 8)

Sekian terima kasih.