Aku laki-laki isap batang !

7:24 am in isu sekarang

what the gay!

Salam korang.

Aku rasa panorama seperti gambar diatas itu sudah jadi kebiasaan bagi tandas lelaki. Betul kan korang yang lelaki,ho? Lagi senang nak jumpa kalau dalam tandas awam, hanya satu tempat je tak kan ada iaitu di masjid atau surau,hehe. Macam mana dengan tandas kaum hawa? Share lah pengalaman, apakah?hu

Tapi gejala vandalism di tandas masjid ada juga, tapi tak menyentuh isu seks dan seumpamanya. Biasanya ia akan bersifat politikus. Orang melayu ini kan over dos dalam arena politik,haha. Sampai pintu tandas pun jadi tempat diskusi. Tak kiralah dari penyokong tegar kerajaan mahupun pembangkang, Mereka yang buat hal ini macam lah tak ada tempat lain yang nak dibincangkan. Kenapalah pintu tandas jadi mangsa. aduyaiiiii!

Banyak-banyak vendalisme , hanya graffiti yang dihasilkan di dinding jalanan je yang aku minat. cool dan smart! Even kadang-kadang bangunan tak bersalah pun jadi mangsa. Diorang ini memang kreatif, tapi tu lah kan  tak kena tempat. Bila tengok hasil kreativiti tu, fuh! Mendalam maksud diorang itu. Aku faham lah juga sikit-sikit tulisan tu sebab dulu time sekolah ada join budak-budak Hip Hop ini,haha.

Hmm,,, Yang pasal mencarut dan khidmat seks ditulis dekat pintu tandas itu selalu buat aku ketawa. Sambil “melabur” di pintu tandas, sambil itu aku membaca,haha. Masyuk je berak,oho. Apakah?

Oklah, tak ada nak cerita sangat, just kongsi hobi membaca di tandas awam yang selalu aku buat,haha.

Jap nak tanya korang yang follow blog cuberteraitest dot com, updated tak feeds baru blog ini dekat korang punya “list new updated entry” di dashboard blogger?

Sekian, terima kasih!