LoL! ingatkan tanya kebijaksanaan ustaz.

Isu lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010.

Di KOTA BHARU, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementeriannya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kementerian Kewangan untuk membuat pertimbangan bagi mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama bola sepak Piala Dunia.

“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,” katanya selepas Karnival Bola Sepak Kota Bharu Piala Datuk Fatmi 2010, di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.
 Bharian…

*Aik? Dah pula macam ini? Aku fikir menyerahkan kebijaksaan kepada ulama. hoho..
Sambung komen ustaz-ustaz ye…

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.
Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.

Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.

Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran. Sumber Bharian.

*Jangan cuba try test nak dihalalkan pula…  =P