Soalan A-level peringkat kebangsaan. Betul ke?

2:21 am in soalan cepu emas, soalan lawak, soalan lawak bodoh, soalan masa kini, soalan semasa, soalan susah, soalan teka teki

Number of View: 4400

Salam!

A level lah sangat.

Kabare wak , lanang, wedok? huhu…

Syukur, sejak dua menjak ini asyik hujan je kan. Betul tak warga Johor? Siapa yang duduk area batu pahat pula? Rumah korang air kena catu lagi tak sekarang? Aduyai, minggu lepas bila aku balik kampung, aduh 3 hari tak ada air. Terpaksalah jadi kambing buat sementara. Orang cakap mandi tak basah,miahaha. Nasib baik rumah akak aku kat jb ini ok je airnya.

Ok! Aku tak ada idea sangat hendak menulis ini, al maklumlah dapat jumpa anak buah yang cute. Kejap lagi dah nak balik kampung semula pun.

Jom layan bawah ini, hujan-hujan seronok bha kalau main teka teki. Saja je tajuk entry kasi gempak padahal soalan budak-budak,hehe… Siapa teror, sila jawab!

1. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? -jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.   


2. Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?-jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal… ha…ha…ha


3. Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? -jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!


4. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? -jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.


5.  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? -jawapan: Penguin




Dah dapat jawapan belum? Kalau nak tahu jawapan, korang HIGHLIGHT selepas soalan iaitu *-jawapan………


Sekian terima kasih! 
kredit dari http://www.familiazam.com

korang cari di google ?