Bas ekspres yang sesuai untuk makan angin atau naik angin!
12:52 pm in Pasal aku
Assalamualaikum semua!
Sudah seminggu tak update blog, memang tersangatlah busy pada minggu lepas. Banyak assignment sana sini ditunaikan dulu. Perkara penting perlu diutamakan , number dua baru blog ini,hehe.
Sebab lain tak dapat update ialah pulang ke kampung halaman di Batu Pahat , Johor. Niat dihati dapatlah update entry segar tapi line maxis broadband di kampung macam siput sedut la. Kalau buka facebook boleh pula, aduyai.
Berbalik tujuan asal tulis entry ini,hoho.Hm, biasanya kalau sebut “bas ekspres” mesti dalam kepala kita automatik fikir sebuah bas yang terus sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang perhentian macam bas loceng kan. Cuba korang bayangkan kalau naik bas loceng dari Batu Pahat ke Shah Alam? Mahu tak sakit buntut lah ea.heee
Entry ini bersifat provokasi ye. Sila faham-faham sendiri,hehe. Ok, jom sambung. Sebenarnya hari ahad yang lepas aku menaiki bas CEPAT EKSPRES dari Batu Pahat ke Shah Alam. Bergerak dari bus stand Batu Pahat dalam pukul 3.30 petang macam itu. Memang aku target sampai Shah Alam pada pukul 7.30 lebih kurang dan nanti dapatlah berbuka di kedai makan.(Abang kaunter pun cakap akan tiba 7.30 malam).
Memang menjadi kebiasaan mana-mana bas ekspres akan mengambil penumpang lain di Muar. So aku pun tak kisah. Dalam hati berkata,”Mesti lepas Muar ini bas akan masuk highway”. Ternyata jangkaan meleset! Sudah lah melalui jalan kampung, rupanya bas ini meneruskan perjalanan ke Melaka Sentral ! Aku still sabar kan diri ini. Tengok pada jam dah pukul 6.00 petang, tapi still di Melaka, aduh.
Lega sedikit dihati bila bas cepat ekspres ini memasuki highway. Tengok jam sudah pukul 7.00 malam. Memang tak boleh tidur lah kan kalau waktu dah nak maghrib sambil menunggu berbuka. Tup-tup, pelik apabila bas ini keluar simpang ke Seremban. Rupanya ada lagi persinggahan iaitu di terminal bas Seremban. Nasib baik waktu sudah lama waktu berbuka, boleh lah aku mencarut, %&%(%)*%4^(% erkkk
Tengok jam sudah pukul 8.30 malam. Perut pun kembung dengan angin. Yelah hanya berbuka dengan air dan roti je,huu. Akhirnya pada jam 9.30 malam sampai juga di terminal bas Shah Alam. Syukur.
Amacam? Rasa macam makan angin atau naik angin tak bila perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 3- 4 jam menjadi 6 jam! Masalah terpenting, tiada mention pun dalam tiket menyatakan wujudnya setiap perhentian-perhentian bas tadi.
CEPAT ke?
Sekian terima kasih.
korang cari di google ?
- gambar bas ekspres
- tiket bas ke johor
- gambar bas ekspress
- kaunter tiket bas shah alam
- tengok nasib
- roti naik johor
- kaunter tiket mas
- gambar perhentian bas
- gambar batu seremban
- gambar bas lama
- tiket bus ke johor
- tiket bas ke muar
- bas ke muar
- bas dari melaka ke batu pahat
- stesen bas muar
- bas dari shah alam ke melaka
- waktu tiket bas
- kaunter mas kl sentral
- bas dari seremban ke shah alam
- bas ke melaka dari shah alam
















