Resepi Makanan Untuk Bayi !

2:08 pm in informasi

Resepi Makanan Bayi (Puree)

Fruit Puree

Bahan-bahan: 

1.Epal/Pear 
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak

Cara Penyediaan:

Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Mango puree


Vegie puree
1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 

2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.


Pumpkin puree

Green pea puree

Chicken / Meet Puree
1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri
Cara Penyediaan:
Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.


Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. 


Selamat mencuba!

Kredit : http://precious-journal.blogspot.com & http://whenmayend.blogspot.com