Cantik tudung selendang sanggul dilihat rupanya ?

Salam korang… ho.

Para wanita yang memakai tudung selendang dan sanggul tinggi. Korang pernah tengok? Ala-ala arab style kan. Kiranya bergayalah kalau pakai begitu.

So, aku pun search mr google tentang cara memakai tudung macam itu. KEJAP! Bukan aku yang hendak pakai tau! Tapi saja je search sebab hendak tahu bagaimana boleh tersanggul tinggi sampai macam itu sekali.

Sekali search, aku terjumpa ini:

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Aku copy paste seratus peratus sabda di atas tersebut dari SINI.

Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh

Pertanyaan :

Apa hukum seorang wanita mengumpulkan (menggelung/sanggul) rambutnya di atas lehernya dan di belakang kepalanya yang membentuk benjolan sehingga ketika wanita itu memakai tudung, terlihat bentuk rambutnya dari belakang tudungnya?
Jawapan :

Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai tudung, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai tudung di atasnya. Sesungguhnya hal ini menyelisihi syarat tudung yang telah di ukmpulkan dalam kitab “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah minal Kitab was Sunnah”.


Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga nampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahawa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menyanggulnya. Copy dari sini.

Kalau mahu yang lebih detail baca sini juga.

Sekian terima kasih!