Bahasa Johor yang asas kena tahu dan cow lu kek !

5:29 am in Pasal aku

Lain negeri, lain sebutan.

Salam korang.

Di hari sabtu yang indah dan boring dalam bilik, makanya laptop dan internet jelah jadi peneman diriku, ecececeh! Nak merayap bosan plus tak ada geng pula, nak tido pula dah terlebih-lebih.hmmm. Nasib baik ada blog yang boleh luahan rasa hati ini. Amacam, korang dah dapat feel rasa boring aku belum? heee.

Hari ini dapat idea nak tulis entry. Hm, pasal perkataan yang maybe korang tak tahu  digunakan pakai di Johor. Ada sesetengah ayat memberi maksud yang berlainan. Mari aku kongsikan kepada kalian-kalian ya.(apasal bahasa macam dari seberang ini). hoho.

Bahasa johor:

  • saing = bukan bersaing tapi maknanya bersama-sama.
  • robok @ gerobok = almari.
  • gebar = selimut.
  • khaos= katil.
  • angkruk= bus stop.
  • epok-epok = kuih curry puff.
  • kocek= poket seluar.
  • sangap= menguap, bukan gersang ok!
  • tengeng @ cengeng= muka sedih menangis.

Oh macam itu ea?

Banyak lagi sebenarnya,  tapi otak tak dapat berfikir sebabnya perut lapo!Jom makan!

Jap! teringat masa belajar di Sarawak, aku pernah ditipu hidup-hidup. Ada seorang senior ajar cakap”chow lu kek”. Dia kata maksudnya ala-ala “pergi dulu”. Then aku practiselah cakap depan khalayak ramai. Tiba-tiba kawan aku itu sound, rupanya maksud “kek” disitu adalah kemaluan perempuan atau bahasa kasarnya muda mudi “ciba*”. Perh! Malunya. Dah time itu aku cakap ramai perempuan tengah lepak kawasan itu.

Kesimpulannya, tak pandai cakap jangan mengada-ngada nak cakap.hahaha. :P

Sekian terima kasih!