fiD!

cuba try test baca blog ini!
  • Home
  • blogger
  • entry lalu
  • Siapa?

MENARIK !

Kes Benar Anak Kepada Ibu !
Lori Mautan Panjang !
Bahagian Babi Bahaya !
Beza Fahaman Bangla dan Malaysia !
Ikan Isap Susu Botol !
Cantik Number Plate Bas !
Aksi Monyet Jimat Air !
Menarik McD Pakistan !
Seluar Terselak !
Kereta Polis Disaman !
Mak Cik Main Nombor Ekor !
Gambar Menarik Motorsikal !
Gambar Helmet Pelik !
Video filem Bollywood Tapi ?
Gambar kereta Unik !
Ice Room Sedap !
Video Meriam Raya Ganas !
Ikan Dayung Besar !
Rahsia Wanita Berjalan !
Kisah Pulut Durian !
Perhimpunan Binatang Terbesar !
Soalan A-Level !
Starbuck Paling Cool !
Barang Peninggalan Nabi Muhammad Dan Khasiat Buah Pada Bentuknya !
Red Tide Nampak Cantik Tapi ?
Keropok Lekor Ikan Keli !
Kisah Duck Fuck !
Amaran PDRM !
Louis Vuitton dengan Mak Cik Cleaner.
Sembilu Versi Sembelit Sarawak !
Hati-Hati Dengan Rompakan Dengan Telur !




Popular ?


  • Aku laki-laki isap batang ! - 59970 hits

  • Bahulu Lapis orang Johor ! - 35912 hits

  • Isteri kantoi dengan suami di atas katil ! - 35119 hits

  • Dapatkan handphone SAMSUNG murah dan berkualiti tinggi ! - 31018 hits

  • Bendera MALAYSIA penciptanya ? - 29576 hits

  • Salah ke GILA KUASA ? - 28509 hits

  • Bahaya lelaki dan cinta ! {panas} - 27924 hits

  • Serambi Pak Engku Kuzie Catering terbaik! - 27561 hits

  • (Sejuk) Kes benar yang terjadi kepada Syed Mohammad akibat perbuatan terhadap ibunya. - 25326 hits

  • Nampak seluar terselak ! - 19989 hits

  • Isap Batang Di Bulan Puasa ! Gay ? - 19055 hits

  • Semua bahagian babi memang bahaya. - 17455 hits

  • Harga pelacur murah mahal siapa yang tahu ? - 16909 hits

  • Cara hilangkan GAY dan LESBIAN dalam diri anda ! - 15286 hits

  • {menarik} Kampung Miku Rembau di Indonesia ! - 13628 hits

  • Roti John dan Duit Raya Nuffnang ! - 12131 hits

  • Bas ekspress yang bas! Kena betul ! - 12038 hits

  • Proton Waja diganti Lancer. Mantap sendat padat ! - 11300 hits

  • Bas ekspres yang sesuai untuk makan angin atau naik angin! - 10650 hits

  • Rahsia wanita / perempuan berjalan ! - 10158 hits




free counter statistics




click this !




Blog

Sebelah kanan dan kiri juga cerita BEST ! :D

← Previous Entries

Makanan untuk kesuburan perempuan !

1:09 am in informasi

Share
Number of View: 59

Pemakanan untuk kesuburan

APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur yang matang, subur dan cepat hamil?

Apakah jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?
Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak yang bijak dan sihat sejak dari dalam kandu?ngan lagi?

ALLESYA,

Johor.

PEMAKANAN segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah istilah yang tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang me?nyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endo?metrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya.

Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus.

Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan. Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan.

Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih berlaku kepada wanita yang lebih berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya daripada sudut perubatan moden belum terbukti.

Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.

Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan me?ngikut air kencing atau najis.

Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan kita dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.

Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semesti?nya datang daripada formula makanan ibunya.

Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

sumber hmetro

Share

korang cari di google ?

  • makanan yang harus dielakkan bagi mengekalkan kesuburan
  • jenis arak di malaysia
  • maksud upu
  • pak mat jaga
  • apa itu ea form
  • jenis-jenis arak
  • nama-nama ubat
  • contoh karangan upsr kawan baik saya yang terbagus
  • persoalan tentang refleksologi
  • petua orang tua untuk yang lewat datang haid
  • pil subur meningkatkan peluang hamil
  • pil yang meningkatkan kesuburan
  • saiz lori
  • Makanan untuk hamil anak kembar atau pil
  • makanan nak datang haid
  • makanan ada babi
  • lori terbesar di dunia
  • apakah maksud ibu
  • apakah upu
  • banyakkah pendarahan implantasi

No Comments »

Cara tawan hati Mertua !

3:19 pm in informasi

Share
Number of View: 109

Tawan hati mentua

Oleh Nor Hatina Shuib
bhnita@bharian.com.my
2011/05/20

Perlu tolak ansur bakal menantu, mentua

BAKAL menantu pilihan ibu mentua pastinya berada di zon paling selesa kerana tidak perlu memikirkan cara terbaik memikat dan menawan hati ibu lelaki yang dicintai.

Namun, bagi mereka yang bukan pilihan bakal mentua, apakah langkah terbaik dan titik keserasian yang perlu dicari supaya mata dan hati ibu bakal suami tertumpu dan menjadi milik kita selamanya?

Pengalaman beberapa rakan yang kini sudah berumah tangga amat mengerikan apabila menceritakan kepayahan mengambil hati bakal ibu mentua masing-masing, yang mempunyai pelbagai kerenah sehingga kadangkala timbul rasa meluat.

Seorang rakan, Rina, 27, (bukan nama sebenar) berkongsi pengalaman ngeri apabila kehadirannya dalam kehidupan keluarga bakal mentua seperti tidak direstui pada mulanya.

“Macam-macam cara saya lakukan untuk tambat hati bakal mentua tetapi semuanya tidak menjadi. Ada saja yang tidak kena di matanya.

“Sampai satu tahap saya mula bosan dan tidak mahu lagi mengambil hatinya. Saya juga ada ego dan keegoan bakal ibu mentua membuatkan saya berputus asa kerana saya melihat diri tidak sempurna di hatinya,” katanya.

Beliau mengakui, menambat hati mentua bukan perkara mudah, terutama bagi wanita kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan lebih penting, perlu membuang ego yang ada dalam diri.

Keadaan berbeza bagi bakal menantu lelaki. Biasanya menantu lelaki lebih mudah diterima dan tidak banyak kerenah yang perlu dilalui untuk menjadi ahli keluarga baru pasangan.

“Bagi bakal menantu lelaki, ia agak mudah kerana tidak banyak keserasian yang perlu dicari, tetapi bagi bakal menantu wanita, ia adalah cabaran, tambahan pula bakal suami anak emas atau tunggal,” katanya.

Berkongsi pendapat, Rina tidak menafikan ada ibu mentua yang baik dan menerima bakal menantu seadanya kerana mungkin lebih mengutamakan kegembiraan anak berbanding kepuasan hati sendiri.

Gadis berasal dari Perak ini juga tidak lokek menceritakan pengalaman pertama kali mengunjungi rumah bakal ibu mentua di Kedah.

“Sebelum berangkat ke rumah bakal mentua, saya sudah siap membeli telekung, kain pasang mengikut warna kegemarannya, kek, puding dan beberapa barangan lain sebagai persediaan awal menawan hatinya.

“Sepanjang perjalanan hati saya berdebar kerana sudah dengar cerita daripada kekasih, ibunya seorang yang tegas. Mulut pula terkumat-kamit membaca doa sebagai penguat semangat,” katanya.

Masa yang dinanti tiba dan kehadirannya disambut dengan wajah mencuka bakal ibu mentuanya. Walaupun hatinya terasa, Rina tidak menolak, keadaan itu mungkin disebabkan salah dirinya.

“Mungkin silap saya juga kerana tidak dengar cakap bekas kekasih bahawa ibunya tidak suka gadis tidak bertudung. Tetapi, saya berpuas hati kerana saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit, “katanya mengakhiri perbualan.
Nur Diyanah Mohd Ali, 18, pula berpendapat setiap bakal menantu perlu bijak mengambil hati bakal ibu mentua.

Ego perlu dibuang jauh, katanya dan paling utama, hormati ibu dan keluarga mentua seperti menghormati orang tua yang lain.

“Setiap orang perlu perubahan dalam diri. Jika perkara yang tidak disukai bakal ibu mentua menjurus kepada kebaikan, apa salahnya kita ikut dan lakukan perubahan,” katanya.

Nur Diyanah, berkata dia sudah bersedia untuk bertemu bakal mentuanya dan antara persediaan yang dilakukan bagi menambat hati adalah dengan membawa buah tangan tetapi perlu memastikan apa yang dibawa itu disukai.

“Pada saya, tak salah jika kita bertanya pada kekasih apa yang disukai ibunya. Jika ibunya suka warna hijau, kita mungkin boleh membeli baju, tudung, beg tangan atau sebagainya mengikut warna yang disukainya.

“Apa saja yang dibeli, pastikan hati kita ikhlas kerana keikhlasan pastinya terpancar pada riak wajah kita ketika mengunjungi bakal ibu mentua. Paling penting jadi diri sendiri,” katanya.

Bagi Farah Fathiah Fauzi, 18, dalam hubungan menantu, mentua, kedua-duanya perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik.

“Bukan saja menantu yang perlu mengambil hati bakal mentua, pihak mentua juga harus bertolak ansur dan berusaha bagi memastikan hubungan mesra terjalin antara mereka. Bakal mentua juga harus rendahkan ego untuk mencari keserasian dengan menantu.

“Paling penting untuk menantu, hormati mereka yang lebih tua dan bersedia memperbaiki segala kelemahan,” katanya.

Farah Fathiah, penuntut guaman yang sudah tiga tahun bercinta dengan kekasih, bagaimanapun tidak menolak akan terus mempertahankan hubungan dengan kekasih andai dihalang bakal mentua.

“Jika saya ditolak, saya perlu tahu alasan saya ditolak dan jika memang berpunca daripada saya, saya akan terus berubah. Jika bukan salah saya dan alasan yang diberikan tidak munasabah, saya akan cuba buktikan saya di pihak yang benar,” katanya yang sehingga kini belum pernah bertemu ibu kekasih hatinya.

Sementara itu, Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata perkara utama bagi mencapai titik keserasian antara bakal menantu dan ibu mentua adalah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran.

Katanya, sebagai bakal menantu, ilmu dan kemahiran seperti memasak dan menjahit dapat membantu menambat hati bakal mentua selain tertib ketika bercakap, pandai mengaji dan bijak menyesuaikan diri.

Beliau berkata, bakal menantu tidak sepatutnya membuat tanggapan awal dan negatif terhadap bakal ibu mentua kerana ia akan memberikan kesan pada pembinaan sesuatu hubungan.

Katanya, bakal menantu juga perlu mengelakkan sifat hipokrit atau berpura-pura dalam mengambil hati bakal mentua dan pada masa sama, perlu banyak memperbaiki kekurangan selain belajar mengawal diri.

Dr Robiah, berkata sebagai ibu mentua, golongan ini berhak mempunyai ego dalam memilih bakal menantu yang terbaik dalam kehidupan anak lelaki masing-masing.

“Tidak salah mereka mempunyai ego. Ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka ego disebabkan mereka terpaksa berpisah dengan anak mereka. Oleh itu, mereka sangat berhati-hati dan mencari wanita yang baik untuk anak mereka,” katanya.

Justeru, beliau menasihati wanita supaya belajar menjadi gadis yang baik dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Baik di sini bermaksud perlu jadi baik, baik hubungannya dengan Tuhan, baik dari paras rupa, baik dengan keluarga, baik peribadi dan baik dengan diri sendiri.

“Perlu ingat, jodoh itu di tangan Tuhan dan paling penting menjadi diri sendiri. Jika bakal ibu mentua suka menantu yang bertudung, ikutlah kerana ia ke arah kebaikan tetapi elakkan berpura-pura. Tindakan perlu ikhlas,” katanya sambil menambah pasangan lelaki juga berperanan besar membantu mengukuhkan hubungan baik dua wanita penting dalam hidupnya.

INFO: Panduan menjadi menantu kesayangan

1. Sebaik saja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Sesudah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mentua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian supaya dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, Hari Bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau, anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.

9. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

sumber

Share

korang cari di google ?

  • ayat hari ibu
  • ayat untuk hari ibu
  • ayat bosan
  • ayat nasihat
  • ayat buat ibu
  • ayat bila bosan
  • maksud upu
  • ayat ayat nasihat
  • ayat marah
  • gambar kad hari jadi
  • ayat-ayat untuk hari ibu
  • ayat berpisah
  • macam mana nak buat kad hari ibu
  • ayat marah orang
  • ayat-ayat nasihat
  • kad hari keluarga
  • ayat gembira
  • cerita baik punya
  • ayat orang bosan
  • ayat gila-gila

No Comments »

← Previous Entries

Baru ?

  • Abby Abadi di pentas ceramah PAS !
  • timeline facebook yang best !
  • Pelumba Motorsikal Kuat Semangat !

Mesti Baca !

Kek lapis DAYANG SALHAH. jom ikut aku melawat.

.
Iklan beli handphone canggih guna PTPTN atau JPA. Memang idea mata duitan.

.
Gondola atau cable car berbahaya di dunia ! fuyoh

.
Durian belanda berkhasiat dan bunuh kanser rupanya ?

.
LORI terBESAR di DUNIA! Ford F-450 Crew Cab

Simian line di tangan aku , keunikkan pada telapak tangan manusia!

.
KISAH LELAKI TERTUA DI DUNIA MEMPUNYAI UMUR 256 TAHUN,LI CHUNG YUN

.
Kenapa Kita Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?

.
Sedapnya cheese,korang patut berterima kasih kepada fungi!

A R Tompel pun pakai TOPMAN ! hah!

.
GIGI baby yang pelik!

.
Raja Ayam Penyet di Kuching sedap!!!

.
Gambar seekor anjing sertai demonstrasi dan rusuhan di Greece (18SG +18LAWAK) -mesti lihat-

.
Bahaya handphone kepada anak kecil. Tut tersepit daaa.


[info] Mahathir pernah solat dalam Kaabah !

.
mozilla firefox punyer binatang !

.
kepada wanita, SILA bace! ! ! !

.
DiGi berukband ! aku menang wei! !

.
8 makanan pelik !



fiD! is proudly powered by WordPress and BuddyPress. Just another WordPress Theme developed by Themekraft.