Cinta yang sudah lama dipupuk tidak direstui keluarga !

10:52 pm in fakta, peLik

Salam..Sy ingin minta pendapat ahli group ni dari pelbagai peringkat
umur ,supaya dapat memberi pendapat yang ikhlas dan memberi sedikit
semangat kepada sy. Sy lebih selesa berkongsi kisah sy disini…
Begini kisahnya..sy seorang perempuan berumur 25tahun. Mempunyai seorang
sahabat lelaki yg sy cintai selama 11tahun.Cinta zaman sekolah..cuma
sekolah lain2. Selama berkawan ni, alhamdulillah masing-masing setia dan
memanglah set untuk berkahwin bila sampai waktunya.

Sekarang, kami
rasakan sudah tiba waktunya untuk berkahwin. Lelaki ni satu kampung
dengan nenek sy. macam mana sy boleh kenal dia, of course lah sebab dulu
sy selalu pulang ke kampung nenek. Niat sy masa mula2 kenal dengan dia,
sy nak dia belajar bersungguh-sungguh, nak dia berjaya sebab sy dapat
tahu dia ni dari broken family.. kemudian tinggal dengan keluarga
angkat. Sayangnya keluarga angkat pun tidak menunaikan amanah dengan
baik.. hanya nenek die saja yg betul2 menjaga dia ketika dia kecil dulu.
Bayangkanlah hidup dia macam mana kan..

Ok, itu kisah dulu.
Sekarang setelah 11tahun berkawan dan bercinta, kami dah makin
dewasa..Si dia yg dulunya sayang dan cintakan saya tiba2 berputus asa..
Sy dapat detect pun dalam 2bulan lepas,bila dia dah tak suka nak jumpa
sy. telefon pun dah kurang. Hati sy dah tak sedap, sebab sy dapat rasa
dia sembunyikan sesuatu dari sy. Sy dan dia masing2 tahu yg ibu dan mak
sedara sy kurang suka sy berkawan dengan dia, sebab itu kami merahsiakan
hubungan kami selama ni.. Tiada niat langsung nak membelakangi ibu bapa.
Terpaksa. Dia cuba pelbagai cara nak bagi saya benci dia..antaranya dia
cakap dah ada perempuan lain, dia cakap dia dah bertunang dan akan
kahwin.. Tapi setelah sy siasat..ternyata dia hanya menipu sy,nak bagi
sy benci dia.. Sy bukanlah jenis yg melulu .Sy lebih suka siasat sesuatu
perkara sebelum percaya bulat2.

Minggu lepas, dia merayu supaya saya lepaskan dia, bagi dia masa supaya
dapat berfikir.. Berkali-kali dia merayu… Saya cakap sy tak sanggup
tengok dia kahwin dengan org lain, sebab sejak dari awal sy kenal dia
lagi, sy dah set dialah yang akan jadi suami sy.. Takkan ada orang lain
selain dia sebab sy susah nak percayakan lelaki . Sy cakap yang sy akan
tunggu dia, tapi dia bertegas yang cintanya untuk sy dah hilang.. Dia
pun hairan macam mana perasaan cinta boleh hilang dari hati dia(sy rasa
dia macam dah kena bomoh)..

mustahil kalau cinta dia hilang.. Dia cakap
kalau ada jodoh ada lah.. Dan dia tak mahu sy harapkan dia.. Tapi dia
akui perasaan sayang kepada sy masih ada .. Dia cakap cintanya hilang
sebab hentaman kata-kata kesat dari orang kampung dan adik beradik sy.
Bayangkan selama kami berkawan, pelbagai fitnah yg dia dengar.. dan sy
dapat tahu org yg selalu mengata dia ialah mak sedara saya. Sy ceritakan
sedikit character mak sedara sy, dia tidak berkahwin, berumur 50-an,
sudah menunaikan haji.. tetapi dia terkenal di kalangan orang kampung
sebagai seorang yg suka mengata orang. Dulu,sy pun tak perasan..

tp bila
semakin dewasa, sy akui sikap ibu sedara sy tu.. dia juga kaki penghasut
mak sy.. mak sy pula macam terhutang budi,sebab selalu pinjam duit dr
mak sedara.. cakaplah apa yg buruk tentang mak sedara saya,mak saya
pasti back up dia.. tak percaya. Kemuncak yg membuatkan Si Dia jadi
begini bila mak ngah sy buat cerita dia main rasuah, sebab tu duit
banyak. macam-macam lagi lah..Astagfirullahalazim…

Dia sangat sedih
bila tau cerita ni. Mak sedara sy asal tengok orang banyak duit, mulalah
buat cerita..sy sndiri pernah dengar dia cakap orang kampung yg boleh
pakai kereta besar tu sebab kerja jual dadah…Ya Allah..malunya sy ada
mak sedara macam ni.
Untuk pengetahuan anda..sy melalui zaman kanak-kanak yg menyedihkan..hal
ini dia tahu.. tapi family sy tak tahu langsung. Sy tak nak cerita kpd
family sbb orang yg merosakkan hidup sy adalah dari family sy juga. Saya
hilang keyakinan diri kerana peristiwa itu. Dialah pemberi semangat dan
dapat menerima sy seadanya. Saya hanya boleh terima dia.

Bolehkah anda
bayangkan perasaan sy jika anda berada di tempat sy? Sy jadi pendiam dan
kurg keyakinan diri. Sy tak percayakan lelaki lain. Sebab tu sy sngat
berharap agar dapat berkahwin dengan dia… cuma keluarga dan mak sy tak
suka.. mak sy hatinya keras dan susah ( itu kata mak cik sy)Mak saya
sedikit cerewet orangnya..sy bagi contoh kes kakak sy..dlu kakak saya
pun ada pilihan hati..

tapi mak saya tak terima atas alasan lelaki tu
kulit gelap. Tapi takperlah kakak sy ada pilihan lain. Sekarang kakak
berkahwin dengan abang ipar dah semakin gemuk, itu pun mak sy bising
cakap abag ipar gemuk lah, ape lah.
Balik kampung hari tu berkali-kali sy sy merayu supaya mak terima
pilihan hati sy..tp hati mak saya keras.. berkali-kali dia cakap cari
yang lain..sy sedih,tp tak mahu nangis depan mak..saya cakap
lembut2..selama hidup ni sy selalu jaga hati mak.. hati sy mak tak
pedulikan pun.. untuk pengetahuan anda juga..

ada adik beradik cakap
xmahu keturunan dia ada dalam keturunan kami..sebab mak ayah dia
susah..broken family.Ya Allah, hina sangatkah keluarga dia? Dia jadi
putus asa, dia sedih bila keluarga sy cakap begitu. Sy cakap, tak
apa,kita mulakan hidup baru, generasi baru..jangan balas dendam dekat
generasi akan datang.. walaupun dia dari keluarga pecah belah. Sy faham
perasaan dia sebab w’pun sy ada keluarga yg sempurna, tp ibu dan ayah sy
pun tak tunai tanggungjawab sepenuhnya..

Ayah saya kurang pandai cari
duit(itu kata mak sy). mak sy suka mengungkit2.. hu..macam2 lah.nama je
ada ibu bapa, tp hakikatnya keluarga sy pun porak peranda! cuma sy dan
kakak simpan dalam hati.pernah kakak sy cakap, kalau family kita ada
anak lelaki,sudah pasti dia dah lama larikan diri.. bolehkah anda
bayangkan situasi keluarga sy?

Oh ya, berkaitan keturunan, sy tak pasti cerita ni dari mulut siapa
sebab sy masih siasat.. Dia ada beritahu sy yang keluarga sy tak mahu
darah keturunan dia ada dalam keturunan sy. Hina sangatkah dia? Untuk
pengetahuan anda, dari keluarga saya ada 2 orang penagih dadah, pernah
rogol anak orang, mencuri dsb. Muliakah keluarga sy? Memang dia dari
keluarga pecah belah, tp dia tak menagih dadah, tak mencuri!

Tak mengata
orang! Sy sangat kesal dengan sikap keluarga sy. Kesal. Nak kata
keluarga sy dari golongan kaya tak juga. Sama taraf saja..Untuk
pengetahuan anda,sy pernah usulkan untuk nikah di Siam…tp dia taknak,
sebab tak mahu malukan keluarga sy… mak cik sy pernah usulkan dia
untuk buat air penawar dekat ibu sy.. tapi dia tak mahu..sbb semua tu
khurafat bagi dia..
Dan diakhir perjumpaan itu.. dia nasihatkan sy supaya dekatkan diri
dengan al-quran, jaga diri dan berjaya dalam bisnes sy..Dia cakap dia
akan cari saya semula..itu saja..Sy cakap sy akan pergi jauh.. dia macam
nak tahu sy nak pergi mana..tp sy tak beritahu dia pun..dan sy takkan
beritahu sesiapa pun kemana sy pergi..

sy dalam proses untk
berhijrah..Dan sejak saat itu jugak, sy simpan hati saya untuk dia..saya
cakap sy tunggu dia.. sy masih harapkan dia..
Sy harap anda yg membaca kisah sy boleh beri pendapat..ada tak cara
untuk sy kembalikan hati dia..sy perlu pulihkan semangat dia.. untuk
keluarga sy pulak, macam mana sy nak sedarkan mereka.. Berilah pendapat
anda.. kerana semangat sy semakin hilang.. cuma sy belum berputus asa
dalam hubungan ini sebab sy percaya pada Allah.. Nak tahu kenapa sy
pilih dia.. sebab hati dia sama seperti hati ayah saya..budi nya seperti
ayah sy.. syangnya sy hanya sedar bila keadaan dah jadi begini..

-Wan-