Roti John dan Duit Raya Nuffnang !

9:53 am in informasi, Pasal aku

roti john

Assalamualikum semua!

Wah! Amacam ? korang suka makan roti john tak? Sumpah selama aku 20 tahun hidup ini, tak terfikir pun pasal keenakkan roti john. Kalau lalu sebelah gerai roti john ini, just jeling je. Orang jawa cakap tak “doyan” lah,hahaha.Dahulu selalu juga makan, tapi tak lah sampai gian meroyan dengan satu kedai ini. Memang terbaik!

Lokasinya di Bazar Ramadan seksyen 17 shah alam. Berdekatan dengan terminal bas ekspres itu. Namanya Angah Roti John. Kedai ini memang pandai menarik pengunjung , mana tak nya lengkap dengan banner, baju seragam, brother yang smart (bersih dan kemas), alatan memask diorang yang bersih. Senang kata aku bagi Gred A lah! Dari segi fizikal luaran kedai ini mengancam!

Sekadar melihat pada kedai pun tak ada makna punyalah kalau tak try sama ada ia sedap atau tak. Macam-macam jenis roti john ada… Ayam, lembu, burung unta, telur burung unta, arnab dan lain-lain. Harga still standard bagi ayam dan daging adalah rm3,50, yang lain pula rm5 lah.

Nah tengok ini:

sistematik kan?

Memang tak bohong punya, cukup berbuka dengan roti john ini kita boleh kenyang sampai esok! Sebabnya isi yang tebal. Puas hati. No complain.hahaha. Betul-betul puji kedai ini. Nak dibandingkan dengan roti john dekat area pkns, seksyen 2 dan stadium shah alam, memang sedap lagi yang Angah roti john ini. Tapi di Malaysia paling sedap dekat Putrajaya itu. Jauh sangat deh.

Entri pasal nuffnang pula.

duit raya lah ini.

Sebenarnya sudah lama cash out, tak silap hujung bulan 5 hari itu. Tapi tersalah kasi nama penuh… kena postpone sampailah dapat seperti tarikh yang tertera. Sebulan dekat hostel, bila balik rumah berlambak surat dapat. Tengok-tengok cek  dari nuffnang. Syukur.

Oklah, sekian sahaja dari rancangan jalan-jalan cari makan. Terima kasih. :D