Template baru, antara impian dan reality, mari kenal siapa aku!

2:04 am in paSal saYer

Salam semua…

Korang kenal lagi aku tak ini???, ala, yang template ada kartun DOMO besar itu… Aku harap, flash banner dekat atas itu mengingatkan kembali korang dekat aku, hehehe…

Sebenarnya sempena 8 bulan sudah aku berblog, aku rasa patut aku tukar template dengan wajah baru, hensem sikit lah blog aku ini,he… 1st sekali aku minta maaf maaf sebab tak dapat lah nak merayap blog korang selama 2 hari sebab aku sibuk cari template baru ini… macam-macam rintangan oooo… ini template kali ke 5 yang menjadi. Template lain macam haram saje. Bila aku cuba try test upload saje mesti  fail! Aku pun naik tension beb!

Lagipun sekarang aku amat sibuk dengan belajar, homework sana situ. Sudah nama pelajar, mestilah belajar kan,haha…

Aku rasa, ramai lagi tak kenal siapa aku kan??? even korang sudah berpuluh-puluh komen dekat blog ini.
Oklah, ini macam sesi perkenalan lah ek, nama aku Mohamad Firdaus, berasal dari Batu Pahat, Johor, anak bongsu dari 6 adik beradik.Aku tak sekolah tadika, percaya tak? dan bersekolah rendah di SK Kampung Bahru , Senggarang. Masa UPSR dapat 4A 1B. Sekolah menengah di SMK Dato Bentara Luar , B.Pahat dan duduk asrama harian saje. PMR dan SPM aku hanya dapat separuh A dari semua subjek,he…

Disebabkan masa isi borang UPU aku telah memilih kos yang agak  kritikal, so aku tak dapat tawaran ke U, aku ambil form 6 biology stream. Perh! susah gila tahap gaban! Aku selamba behenti form 6 selepas 3 minggu belajar. Serius, aku tak bagitahu sesiapa pun yang aku behenti,haha.

Then, dalam haruk pikuk mencari U, aku dapat panggilan dari UiTM dan UPM untuk second intake. Uitm di Kota Samarahan dan UPM di Bintulu, so aku pilih UiTM sebab dekat sikit,he YUP! aku ambil diploma in science, kiranya belajar semua yang basic lah dan sekarang sudah semester akhir, insya Allah bulan 5 ini tamat lah pengajian diploma aku. Aku sudah apply degree, mintak -mintak dapat lah apa yang apply itu kan, aminnnn….

Ini aku nak korek sedikit rahsia aku ini lah,haha… Sebanarnya watak  atau perangai aku ini biasa saje, aku bukanlah bersifat perangai dewasa even umur sudah 20 tahun 4 bulan. Tapi itu tak bermakana aku macam budak-budak ok! Aku suka ketawa, itu reality watak aku. Tapi kalau benda serius, aku tak main-main beb. Senang kata, hanya kawan-kawan lama aku je yang kenal siapa aku,,ohoho… Aku juga suka lepak dengan kawan, jalan-jalan travel, cuba makanan yang sedap,kalau korang tak percaya tanya lah ayisy. Benda paling aku tak suka pula kalau orang hipokrit. YUP! tak kira lah hipokrit pasal apa, janji ada meaningnya di situ.

 Mesti ada persoalan lagi besar kan? Korang tak pernah nampak FULL muka aku kan? Sebenarnya aku mahu jaga privacy diri, maybe dalam blog ini aku tak akan tunjuk muka penuh, tapi korang still boleh atau akan nampak juga kan, mana lah tahu aku dapat continue study dekat Shah Alam atau aku sudah belajar dekat semenanjung , bolehlah kita buat gathering kan. Tak pun paling senang nanti aku kahwin aku jemput la korang,haha.. woi! cukup, kahwin lama lagi kot!

Oklah, lepas ini sempena kematangan blog aku, aku akan buat entry terbaik untuk korang. Tapi entry terbaik mestilah ambil masa kan?haha… Kepada follower aku yang sudi baca, aku ucapkan terima kasih berbanyak. Tanpa aku siapalah korang, aik? macam pelik saje,haha..

Ada apa-apa soalan nak tanya? sila tinggalakan komen ok!

yang benar- admint cuberteraitest.blogspot.com