koleksi kisah benar isteri curang !

Posted on the July 15th, 2013 under informasi by

JIKA seorang suami diamanahkan arwah bapa mentuanya untuk menjaga keluarga isterinya, sedangkan isterinya memaki hamun serta tidak menghormati suaminya, apakah yang patut suami lakukan?

Kedua, suami tahu yang isterinya nusyuz dan banyak nasihat diberikan, tetapi isteri masih tidak berubah.
Bapa suami juga banyak menasihati suami menceraikan isterinya, tetapi suami enggan berbuat demikian. Apakah jalan terbaik kepada permasalahan ini?

ROSIDI,

Melaka

Isteri curang

Isteri curang

MENURUT al-Quran, lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Ini kerana Allah memberi beberapa kelebihan kepada seorang lelaki, antaranya menanggung nafkah bagi wanita.

Bagi seorang wanita yang bergelar isteri, ia perlu taat kepada suami dan memelihara maruah diri terutama apabila suami tiada bersama.

Jika isteri tidak bersifat seperti yang dianjurkan Islam atau mungkin terlanjur (nusyuz), al-Quran memberi beberapa jalan menyelesaikan soal isteri bermasalah.

Antaranya, menasihat isteri secara baik. Ini sudah saudara lakukan dan boleh diulangi jika perlu. Seterusnya al-Quran mencadangkan suami memulaukan isteri daripada tempat tidur.

Dengan kata lain, suami perlu mengasingkan diri buat sementara daripada tidur bersama. Ini sebagai pengajaran kepada isteri.

Mudah-mudahan isteri kembali taat kepada suami dengan berbuat demikian. Ia boleh dilakukan sama ada secara langsung dengan memberitahu isteri atau tidak langsung, iaitu dengan terus tidur secara berasingan.

Jika isteri masih tidak taat kepada suami dan sikap derhaka (nusyuz) makin menjadi-jadi, tindakan berbentuk kekerasan boleh diambil dengan memukul secara betul dan bukan bertujuan mencederakan.

Kadangkala ada isteri yang mempunyai sifat ‘jahat’ berlebihan. Hanya dengan tindakan tegas dan keras membawa isteri kepada kebaikan.

Ini antara jalan-jalan yang diajar Islam. Semuanya itu dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa’ ayat 24)

Kisah bapak mertua dan menantunya yg diperli ! Haha. Serius lawak.

Jom baca di -> http://bit.ly/10IFcyH

-aa- bapak
Kena dah !
abang macamana kalau saya hamil nanti?abang kena bertanggung jawab.”

Jom sambung di -> http://bit.ly/13vHCiM

Salah ke GILA KUASA ?

Posted on the October 17th, 2010 under Pasal aku by

Assalamualaikum korang.

bila dah pegang jawatan

bila dah pegang jawatan

Macam biasa, introduction ye kawan. Syukur semester ini dapat dihabiskan dengan sinaran lembah kehidupan di kampus baru shah alam. Tinggal tunggu final exam start 25 oktober 2010. Walaupun berbeza , tapi dapat juga aku adaptasi kehidupan dekat sini. Paling lambat aku nak membiasakan diri adalah dari segi masa.  Yelah dulu masa di UiTM Sarawak, kalau kelas pukul 2, pukul 1.45 baru lah aku merangkak. Lain pula disini, setengah jam awal dah kena keluar naik bas itu pun kadangkala terlewat lah juga. Tapi takpe, next sem aku bawa lah kenderaan rempit itu. haha.

Terus ke arah title entry kali ini… Korang pernah geram tak dengan orang GILA KUASA ? Semua dia sapu habis. Ok jap, aku dah nak start taip emosi ini,haha. Orang jenis ini suka nak perhatian lebih, anggap diri best, kemaruk pujian, buat kerja depan-depan menunjuk tapi belakang pemalas, cakap lebih tapi habuk pun tarak, kuat menyuruh orang. Ada lagi mahu tambah? hihi.

Serius, benda macam ini bikin aku sakit hati. Panas je darah muda ini kan, hehe. Pada aku tak salah lah orang macam ini nak sangat kuasa power rangers itu, tapi berpadalah lah. Janganlah semua perkara anggap diri itu ketua. Jadikan kita pula angguk-anguk, geleng-geleng, tunjuk-tunjuk, ikut telunjuk. Sebagai ketua kena lah berhati semua. Terima pandangan dan idea, bukan ikut kata hati. paling penting kerjasama bak kata falsafah mantan perdana menteri Pak Lah, “Saya bekerja untuk awak”. Cam nilah baru ketua.

Alah setakat baru pegang jawatan peringkat kecil contohnya persatuan tapi lagaknya macam PM, atoyai. Jadi pemimpin nanti lagi lah haru biru jadinya. Kononnya HERO? haha. lawak. Tapi semua kerja orang lain buat, dia dok diam membatu. Yang tahu marah, marah, marah, marah dan marah.

Pklah. Sekian sahaja entry monolog dari dalam hatiku ini,hehe. Nasihat kalau sesiapa ada perangai macam itu harap diubah lah ye. Kita ini yang jadi orang bawah akan merasa nyampah teramat, eeei tak tahu den nak kato lagi,hihi.

GILA  KUASA , laGILAh orang sekeliling tak KUASA nak layan.

Sekian terima kasih.

*Lupa nak bagitahu, aku nak aktif balik dalam dunia blogger !!! yeah!

gambar diambil dan diedit dari SINI. Alamak! lupa nak buat watermark.