Louis Vuitton dengan Mak Cik Cleaner.

12:35 pm in geNeral jerk, jenama, paSal saYer, tips

Number of View: 5363

LV dari encik google.
Salam.
Satu perbualan diantara mak cik cleaner dan minah kilang yang sedang lepak di kaki lima berbunyi macam ini selepas melihat beg tangan cantik dan berjenama  Louis Vuitton dipakai oleh seorang wanita yang baru sahaja melepasi mereka.

Mak Cik cleaner,“Fuyoooo! jeles seh aku tengok beg tangan dia tue. Bila la laki aku dapat belikan  beg macam tue“.

Minah kilang,“Aku pon sama kak, enta sampai musang berjanggut kot baru aku dapat beli,,, gaji secoit macam aku ni mane la mampu “.

Dalam hati perempuan yang pakai LV itu pun terdetik,“Mesti diorang jeles tengok beg aku ni  kan, LV la kan, diorang tak tawu sebenonye. . . ………..( hendak tahu sambungannya? sila baca entry ini sampai habis.)

Sudah menjadi lumrah manusia, bila beli pakaian hendak cantik sahaja, bila cantik pula, kebanyakkan barangnya yang bernilai mahal dan berjenama pula.Bila sudah pakai, mata orang sekeliling mulalah melulu kearah kamu… Barulah kamu boleh riak! Eh! Mana boleh riak wahai saudara, tak baik kan?  

Pada pendapat aku, tidak perlu membazir untuk membeli pakaian ini ya puan-puan dan tuan-tuan. Pakaian bukan macam kereta, laptop, handphone dan jam tangan. Sebaliknya membeli pakaian ini macam beli selipar mandi sahaja.

Sebab apa aku berhujah macam itu? Apa mengena pakaian dengan umpama beli selipar mandi?

Mungkin susah hendak aku terangkan,
tetapi secara ringkas aku syorkan kepada student dan yang bergaji sederhana kalau hendak membeli pakaian =
  • Biar murah, tapi cantik dan bergaya.cewah!
  • Tunggu Year End Sale.
  • Kalau teringin sangat hendak pakai yang berjenama, carilah bundle atau Petaling Street (sila faham-fahamkan). 
  • Kalau teringin nak jugak, silalah menabung.

Tapi kalau barangan elektronik, jangan sesekali beli yang cap ayam! Kesan membeli barangan cap ayam, barangan tersebut =
  • Cepat rosak.
  • Tidak ada warranty.
  • Berbahaya macam bettery handphone (boleh meletup).
  • Paling penting, anda akan menyesal!.
Kesimpulannya, belilah barangan elektronik yang original. Setakat pakaian, tak jadi masalah untuk beli yang Made In Gombak, kalau ada duit lebih barulah boleh beli yang original.

Aku beli dipasar malam, kemudian action sahaja di butik tersebut, haha
Aku akhiri dengan sambungan……….
Dalam hati perempuan yang pakai LV itu pun terdetik,“Mesti diorang jeles tengok beg aku ni  kan, LV la kan, diorang tak tawu sebenonye aku beli RM20 dekat pasar malam, hahaha”.

note= tidak baik riak dan membazir!

korang cari di google ?