Bantuan Lesen 1 Malaysia !

3:00 pm in informasi

Bantuan Lesen 1 Malaysia

Bantuan Lesen 1 Malaysia

Bantuan Lesen 1 Malaysia,

Kata-kata aluan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Kami mengalu-alukan anda semua ke portal BL1M yang disediakan khusus sebagai platform permohonan serta gerbang informasi maya tentang produk ini.

Bermatlamatkan untuk membantu golongan muda memiliki lesen motosikal yang sah disamping memupuk kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina budaya serta etika pemanduan berhemah, produk BL1M adalah bukti pendekatan politik khidmat bakti Pemuda BN melalui SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) di dalam menyelami dan menyelesaikan permasalahan anak-anak muda. Ini adalah suatu produk yang relevan dengan keperluan anak muda dan masyarakat memandangkan lebih 200,000 penunggang motorsikal tidak mempunyai lesen manakan 70 peratus kes kemalangan pula melibatkan kenderaan motorsikal
Disamping itu, peserta program BL1M ini juga akan menikmati penjimatan tunai melalui diskaun hampir 50 peratus berbanding kadar purata yuran lesen B2 di pasaran yang dianggarkan sekitar RM380.

Inilah manifestasi janji ditepati dari Pemuda UMNO dan BN yang bertunjangkan isu dan tindakan berupa penyelesaian hakiki buat anak muda dan tidak beralaskan retorik serta janji.
Yang pasti, pihak kami akan terus berusaha bagi menawarkan pendekatan inovatif dan mesra anak muda untuk kesejahteraan semua.

Akhir kata – ayuh, kepada yang berminat dan masih lagi belum memiliki lesen motosikal silalah rebut peluang keemasan ini.

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Pengerusi Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI SEKRETARIAT HAL EHWAL BANDAR (SHEB)

Syarat-syarat kelayakkan Bantuan Lesen 1 Malaysia

Syarat-syarat kelayakkan Bantuan Lesen 1 Malaysia

Untuk download borang Bantuan Lesen 1 Malaysia di SINI (tekan)