Foto foto perempuan tidak pakai baju !

6:50 pm in informasi

Admin terpaksa untuk bermain keyword lagi untuk entry kali ini iaitu hasil dari carian google “foto foto perempuan tidak pakai baju”. Setakat ini ada tiga carian masuk ke blog ini iaitu foto foto perempuan tidak pakai baju, haha. Siapa lah yang sengal sangat google benda itu. Pihak google mesti akan tapis punya video dan gambar / foto lucah. Bila buat entry ini, admin kena counter back carian yang berkaitan, so admin pilih isu aurat perempuan, hehe. Baru kena dengan tajuk foto foto perempuan tidak pakai baju.

Definasi aurat yang admin ambil dari hmetro bagi perempuan adalah -> Islam melihat aurat bagi seorang wanita ialah seluruh tubuhnya berbanding aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut. Pengecualian bagi wanita ialah apa yang zahir dan ini termasuk muka dan dua tapak tangan.

Foto foto perempuan tidak pakai baju !

Foto foto perempuan tidak pakai baju !

Menutup aurat menjadi tidak sempurna apabila seorang wanita yang bertudung memakai pakaian ketat sehingga menzahirkan bentuk tubuh.

Ok, berbalik isu ini, adakah bawah dagu dan kaki merupakan aurat perempuan? Jom baca:

Adakan pemakaian stoking bagi wanita untuk menutup auratnya wajib atau tidak? Saya banyak mendengar pendapat ustaz mengatakan stoking tidak wajib dipakai seorang wanita bagi menutup auratnya daripada dilihat kaum ajnabi.

Seperti dinyatakan semua ustaz, tidak wajib memakai stoking kerana kain yang labuh menutupi kaki seseorang. Namun bila difikirkan kembali, kain yang menutupi kaki adalah sewaktu seseorang berdiri tanpa berjalan.
Apabila wanita melangkah, sebahagian kakinya akan terlihat. Itu yang menjadi kemusykilan pada saya. Maksudnya sewaktu wanita berjalan, kakinya tetap terlihat oleh kaum ajnabi. Lagi-lagi bila wanita itu memakai sandal. Saya perlukan jawapan tepat dan terperinci.

SITI
Klang, Selangor

Ulama mempunyai pandangan dan tafsiran berbeza namun mereka adalah mujtahid yang datang dengan dalil sah dalam hal ini.

Tidak perlu menyatakan satu pandangan lebih muktamad, benar atau lebih baik atau lebih tepat daripada yang lain. Ini kerana sikap merasa paling benar sendiri bukan ciri ulama.

Apalagi sampai mencaci maki ulama lain yang berbeza, bahkan sampai menuduh bid’ah dan membongkar aib dan kekurangan masing-masing.

Semua bukan ciri dari seorang yang berilmu, sebaliknya menandakan kurangnya fahaman seseorang. Di sinilah terletak perbezaan asasi antara ulama dengan orang awam yang sedikit ilmu.

Seorang yang banyak ilmunya memiliki sekian banyak wawasan dan mudah menerima dan memaklumi perbezaan pendapat daripada orang lain.

Sebaliknya, seorang yang kerdil ilmu mudah melemparkan tuduhan. Seolah-olah di dunia ini hanya dirinya yang benar, sedangkan orang lain salah.

Berikut saya perturunkan pandangan ulama yang berbeza dalam hal ini.

Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
Mazhab Maliki dalam pendapat muktamad mengatakan kaki bukan aurat.
Mazhab Syafi’e pula mengatakan ia sebagai aurat.
Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Ia boleh merujuk kepada kitab Feq ala Mazahib Arbaah juz 1 muka surat 584 dan Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya, “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa albait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms 198)
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/28

ADAKAH di bawah dagu itu aurat atau itu adalah khilaf dan mengapa kita dilarang memakai cincin di jari tengah?

ANA
Kuala Lumpur

AURAT bagi seorang lelaki dan wanita Islam berbeza. Secara dasarnya bagi seorang wanita auratnya ialah seluruh tubuhnya berbanding dengan aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian khusus dalam persoalan aurat wanita dan lelaki berdasarkan keadaan dan konteks tertentu.

Ini jelas apabila difahami daripada ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai suruhan kepada wanita supaya menjaga pandangan mata dan larangan daripada mendedahkan tubuh mereka kepada lelaki yang bukan mahram, kecuali anggota tubuhnya yang zahir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur (24): 31)

Pengecualian dalam me­nutup aurat wanita terdapat dalam ayat di atas iaitu “…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”

Termasuk dalam zahir ialah bahagian muka dan dua tapak tangan. Memandang­kan dagu dikira sebahagian daripada muka, ia termasuk dalam pengecualian itu secara umumnya.

Memakai cincin pula termasuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w di mana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga Baginda wafat.

“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking tangan kiri).” (Muslim)

Seterusnya ada riwayat dari Ali bin Abi Talib bahawa: “Rasulullah s.a.w melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi dan Nasa’i)

Larangan ini dalam bentuk tegahan makruh. Dengan mengikut sunnah Baginda dan meninggalkan tegahan Baginda, seorang akan mendapat ganjaran pahala.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/28

sumber gambar: http://picknbloom.com/index.php?route=product/category&path=84_80&sort=pd.name&order=ASC