Promosi Airasia Kuching Johor Bahru, memang tersangat murah!

Salam semua!

Hah! Ini ada berita baik buat student yang sudah kehabisan PTPTPU PTPTN mahupun MARA ,korang sudah booking tiket belum? Sekarang harga tiket Airasia tengah murah giler.hehe. Tak percaya? Ini dia buktinya=

Kalau MAS, aku pernah beli RM70 je,huhu
Tadi aku cek harga tiket Airasia, terkejut! Harga dari Kuching ke Johor Bahru hanya RM49, apalagi beb! Angkat terus,hehe. Lagipun MAS RM150. 3 kali perbezaan itu.
Harga tiket yang aku beli seperti di atas itu betul-betul basic. Tak ambil makanan, beg bagasi , tempahan kerusi dan insurans,haha. Mesti korang pelik sebab apa aku tak beli beg bagasi,hehe. Sebabnya barang aku kemungkinan sangat sikit dengan meggunakan formula memaksimakan barang,huhu. Barang lama-lama macam baldi, gayung, pingan mangkuk itu ingatkan nak sedekah je. Kalau baju harian yang buruk dan sangat lusuh akan dibuang. Barang berat pula akan dipos laju. Amacam orait tak?.

Tarikh habis final exam  iaitu last day 9 mei. 11 mei pula ada MUET. So 12 mei balik. Tapi hati makin rasa sayu saje, final year lah katakan. Lepas ini maybe tak jejak dah Kota Samarahan ini,hmmm. =(
Rileks fiD, kalau ada rezeki boleh datang jenguk kawan-kawan yang duduk sini kan.

Oklah, sekarang belum waktunya untuk feel sedih,hehe.  Tunggulah entry 11 haribulan Mei 2010 nanti ye. Baru sesuai buat entry sedih sepanjang bergelar student di sini, hehe.

Erm, tak boleh tulis panjang sangat ini, tengah busy. Nak sambung belajar. Take 5 minutes buat entry ini,hehe. Esok lepas quiz aku akan merayap ke blog korang ok!

Pesanan= Sebelum naik itu,silalah makan dulu ye. Takut lapar pula,hehe…
Sekian terima  kasih.