perkataan terpanjang dunia- tq for info

Salam semua! 
Sebelum memulakan fakta “perkataan yang terpanjang di dunia” hehe, Aku nak start dengan mukadimah dulu. Mmm, aku memang seorang yang suka sangat buat entry mengenai fakta even entry itu hanya berkaitan hidupku.hehe. Fakta akan tetap terselit disitu, bukan auta ya. hoho. Kalaulah entry-entry lepas punya komen dapat dibaca lagi( komen hilang sudah sebab beli domain baru), korang akan tengok yang entry-entry blog ini ibarat laman web wikipedia. Mana taknya, kebanyakkan komen-komen akan tulis macam ini, “tq for the info fiD” ataupun “wah! baru tahu, terima kasih fiD”. Bila aku baca komen seumpama itu, hidung akan kembang seketika, hehe. Wikipedia pun tak pernah dapat ucapan thank you,haha. Ok stop! ideal mukadimah hilang sudah.
Mari kita teruskan fakta hari ini, hehe.
Perkataan yang terpanjang di dunia adalah=

methionylglutaminylarginyltyrosylglut… 
ysylglutamylarginyllysylglutamylglycy… 
onylleucylglycylaspartylprolylglycyli… 
partylthreonylleucylisoleucylglutamyl… 
ylglycylisoleucylprolylphenylalanylse… 
nylisoleucylglutaminylaspfraginylalan… 
nylglycylvalylthreonylprolylalanylglu… 
ylalanylleucylisoleucylarginylglutami… 
lycylleucylleucylmethionyltyrosylalan… 
lglycylisoleucylaspartylglutamylpheny… 
valylglycylvalylaspartylserylvalylleu… 
ylserylalanylprolylphenylalanylarginy… 
nylvalylalanylprolylisoleucylphenylal… 
tylaspartylaspartylleucylleucylarginy… 
yltyrosylthreonyltyrosylleucylleucyls… 
ylasparaginylarginylalanylalanylleucy… 
leucyllysylglutamyltyrosylasparaginyl… 
alanylglycylisoleucylserylalanylproly… 
rtylalanylglycylalanylalanylglycylala… 
eucylisoleucylglutamylglutaminylhisti… 
ethionylleucylalanylalanylleucyllysyl… 
alanylalanylthreonylarginylserine. 

Ha, korang jangan ingat aku tipu ok! Mentang-mentang nampak pelik,hehe. Sebenarnya,perkataan di atas adalah nama saintifik protein iaitu tryptophan synthetase A protein. Di mana enzyme yang mempunyai 267 amino acid. Rekod setakat ini, perkataan ini adalah terpanjang di dunia.
Perkataan biasa yang terpanjang di dunia adalah=

NORDOSTERSJOKUSTARTILLERIFLYGSPANINGSSIMULATORANLAGG- 
NINGSMATERIELUNDERHALLSUPPFOLJNINGSSYSTEMDISKUSSIONS- 
INLAGGSFORBEREDELSEARBETEN


Haha, macam bahasa alien yerk! Bahasa ini sebenarnya berasal dari swedish .Maksudnya adalah =“preparatory work on the contribution to the discussion on the maintaining system of support of the material of the aviation survey simulator device within the north-east part of the coast artillery of the Baltic.”, Sorry, malas nak translate,hehe.  Korang faham sendiri ye.
Perkataan bahasa melayu terpanjang di dunia=
Banguntidogosogigimandiberaksarapanonlinetidojalanjalanonlinelagi
sambilmakantidodanjangan-lupatunaikankewajipanagamaok.


Haha,yang atas ini auta ok!
Yang sebetulnya ada 2 iaitu=
  • menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan
  • penyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan 
 Oklah kawan, sekian saja fakta dan auta hari ini,hehe. Jap! korang jangan lupa komen ,”tq for the info” atau “wah! baru tahu, terima kasih fiD” …hoho =P
Sekian terima kasih!