Sudah dan semakin diTEBUK lagi SEDAP menjilat jari jemari !

Maaf, gambar tak berkualiti sangat,he. Tebukkan oleh sang haiwan yang tahu kesedapannya yang menjilat jari-jemari tangan dan kaki.erk?
Salam semua.

Aku orang kampung. Maknanya rumahku di kampung. So, bapaku ada tanah di kampung yang berhektar-hektar. Tanahnya juga ada ditanam pokok durian, tapi bukan berpuluh atau ratusan pokok kerana bapaku lebih berminat pada ladang kelapa sawit.he

Ok stop! Sorry, pendahuluan agak merepek. Sebenarnya just nak bagitahu yang rumahku di kampung ini ada pokok durian. Sekeliling rumah ini je ada lah dalam 5 pokok. Tapi kali ini yang berbuah hanya 2 pokok daaa. 2 pokok sikit ea? isy! Pokoknya besar-besar bha .Aku rasa adalah dalam 50 biji durian setiap pokok itu. Amacam der? banyak kan.
Aku bukan jakun sangat makan durian ini, tapi orang kata kalau sudah ada jangan dibazir. Eloklah di melantak sepuasnya. Tapi jangan sampai panas badan sudah! karang tak tido malam.hoho. Kena cari pula air cap badak.
Psssst. Kali ini aku nak kongsikan tips. Tips ea? rasanya ramai sudah tahu kot.he. Kalau korang memang gila kan buah durian, eloklah ambil tahu. Jangan lupa untuk diamalkan sekali.
Cuba try test korang makan buah durian yang sudah ditebuk tupai (pastikan ia elok lagi) dan yang tak diusik oleh sang tupai langsung. Sumpah! mesti rasanya berbeza. Dari pengalaman aku kan, tak pernah lah lagi buah durian yang sudah ditebuk tupai ini tak sedap. Boleh dikatakan semuanya lazat dan lemak-lemak belaka. nyum.ha. Kalau buah durian sedap tapi tak ditebuk tupai pula maknanya tiada kewujudan tupai di kawasan pokok duriani tu kot.haha.
Oleh yang demikian, tupai itu mahluk Allah yang diberi deria untuk mengesan kesedapan buah durian sebagai contoh. Janganlah korang GELI nak makan, kan banyak bahagian atau partition dalam buah itu. So pilih yang tempat tak ditebuk oleh tupai. Pasti korang akan layan keenakkannya.hoho.
Sekian sahaja dari pecinta RAJA BUAH.
*Siapakah dan kenapakah yang tak boleh bau langsung buah durian diantara korang? hoho.
Terima kasih.