Lelaki kencing duduk dan perempuan kencing berdiri ???

1:25 pm in informasi, paSal saYer

Salam..
Pssss! Ini hal dan rahsia orang lelaki, tapi kalu perempuan pun elok ambil tahu dan bagitahu pada  boyfriend, suami atau anak-anak  ok!
Siapa lelaki? Haha, Aku lah termasuk kaum Adam. Siapa lelaki yang tak pernah kencing pancut ? kalau bahasa baik kencing berdiri? Semua pernah kan? Tipu lah kalau tak pernah. Teringat dulu masa  kecil-kecil aku sekolah agama , ustaz cakap lebih kurang macam ini,” Kepada yang lelaki itu, kamu jangan lah amalkan kencing berdiri ya, tak baik taw”. Aku angguk je lah, padahal aku selalu juga kencing berdiri.Tapi kecik dulu ar, dah besar aku amalkan kencing duduk. Haha.Em,banyak orang cilik pandai cakap kencing berdiri ini tak baik untuk ginjal? Betul ke?
Ok, kali ini, kepada yang lebih pakar, sila betulkan kalau entry aku ini salah. Aku rujuk kepada  http://abunajmi-asqalani.blogspot.com/2009/05/blog-post.html,  ada yang berpendapat Rasulullah pernah kencing berdiri dan ada juga yang mengatakan tidak.
Dalam penulisan tersebut, disimpulkan bahawa kebanyakan hal keadaan nabi s.a.w. terutamanya di dalam rumah sewaktu kencing ialah dalam keadaan duduk seperti yang dinyatakan oleh Aisyah r.ha. tetapi dalam sesetangah keadaan di luar rumah baginda pernah kencing dalam keadaan berdiri dan ianya dibolehkan dan tiada sebarang masalah. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Al-Imam Ibn Hajar dibolehkan sekiranya selamat daripada percikkan air kencing kepada baju ataupun badan. Contohnya jika seseorang itu kencing dipermukaan yang boleh memantulkan semula air kencing ke badan atau pakaiannya maka ia tidak dibenarkan, ini seperti simen dan apa sahaja permukaan yang keras.
Wallahu a’lam.
Ini pula hal lain yang berkaitan.
Cerita pasal toilet dekat pasaraya. Sumpah aku geli tengok wei. Sebab apa? Sebab diorang yang kencing berdiri ini bukan cebok atau bersihkan kemaluan itu. Lepas pancut terus je zip seluar, Tak gatal ke ek? Pelik-pelik. Aku pernah lah juga kencing style camtu , tapi kalau dah tak tahan sangat macam orang penuh dalam toilet barulah buat,haha…  Tapi aku akan pastikan, kalau nak solat mesti bersihkan anu itu dulu ,then pakai kain pelikat yang ada disediakan dalam surau itu , akhir sekali baru ambil air semayang. Korang pun tahukan sebab apa aku buat macam itu. Tak sah solat kalau pakaian kita bernajis. Tambahan sikit, kalau sudah kencing itu, silalah ber”DEHEM” 3 kali ok. Supaya kencing nya habis sehingga titisan terakhir.
Alang-alang cerita pasal kencing berdiri, ini yang aku nak komen pasal tandas tak ada air. Bukan sebab tak ada air kena catu. Tapi kononnya style. What the fish  wei. Apa ingat negara kita ini sudah kebaratan ke? Nak utamakan rakyat luar, apa faedahnya??? Lepas berak bersihkan pakai tisu recycle. Aduyai. Bagus la mana-mana  shopping complex yang buat kaedah penjimatan air tahap kritikal.haha.. Bagus sebab mereka  tak ada otak. Negara kita kan Islam,  hormat sikit la wei. Kau janganlah pentingkan diri sendiri. Lainlah dalam flight, memang tak boleh nak bersihkan dengan air.
Jap! Tapi bukan semua macam itu, ada juga yang bagus. Contohnya, zaman sekarang memang sangat senang kalau nak solat kan? Bolah dikatakan semua shopping complex sekarang dah sediakan surau. Cuma nak tak nak sahaja solat kan. Terima kasihlah kepada mereka  yang menyediakan fasiliti  ini. Besar pahala itu .
Ok! Berbalik pada isu bahayanya kencing berdiri. Yang aku pernah dengar atau study aku dari beberapa laman web. Doktor sendiri tidak menggalakkan lelaki kencing berdiri, sebabnya akan memudaratkan kesihatan, penyakit paling kerap disebabkan kencing berdiri adalah batu karang. Penyakit itu juga disebabkan suka menahan kencing,haha.. Kencing pun nak ditahan ke abang oi?
Isu lain.Perempuan boleh kencing berdiri???
Rasanya boleh kot? Betul ke wanita sekalian? Haha.. korang jangan fikir aku merepek pula ok. Itu realitilah. Tengok gambar ini=
Dari laman web yang jual benda ini.
Benda ini khas untuk para wanita  atau ladies contohnya yang sakit lutut,  bahasa senangnya tak boleh kencing cangkung sebab sakitlah. Korang yang ladies sihat-sihat ini jangan cuba try test pula. Gedik la itu kalau nak cuba,haha.
Oklah.Kesimpulannya, kita(lelaki) kenalah amalkan kencing duduk atau cangkung , ikut cara nabi. Cangkung then tumit kaki kiri sila jinjitkan sedikit.Lagi sekali aku ingatkan,lepas dah habis kencing jangan malu segan nak berdehem . Barulah air kencing bebas atau tiada lagi dalam urethra itu .
Jangan pula kencing macam ini sudah!
 Sekian terima kasih.