Pengalaman lempar cakera dan bola tampar -part 3-

4:47 am in Pasal aku

wakil asrama daerah Batu Pahat.

Assalamualikum.

Kali ini kisah part 3 , yang last la ea, haha. Sudah dua entry cerita kan. Pertama pengalaman kawad kaki, kedua kisah debat dan yang terakhir ini pula suka duka menyertai sukan.

Gambar yang kat atas itu, tima kitorang sertai pertandingan bola tampar di Karnival asrama negeri Johor 2005. Venue nya di SM Teknik Segamat dan SMKA (maahad) Segamat. Sekolah sebelah-sebelah je kan.

Sepanjang perlawanan, memang kitorang kena belasahan jelah, haha. Cuma melibatkan 2 3 pasukan je yang kitorang bertanding agak sengit. Perlawanan yang agak menyakitkan hati, ada sebab aku kata macam itu. Adalah sorang budak team aku ini, kononnya mengepalai pasukan. Tapi main ikut emosi. Macam la ko itu hebat sangat. Aku ingat lagi, selamba badak je kata aku mangkuk, sebabnya tak dapat balas bola pihak lawan.

Common lah, aku paling tak suka kalau join game dalam keadaan serius dan tegang. Tak payahlah sampai main itu kau nak maki hamun team sendiri. Dari sudut emosi memang seseorang yang kena maki  itu akan mengalami down. Seterusnya main pun serba tak kena. Macam itulah terjadi dekat aku.

Aku yakin korang pun akan sakit hati kalau dibuat demikian. Alahai nasib, bila manusia menganggap dirinya HERO. uwekz :P

bersama joe jambul, hehe

Sorrylah kawan, gambar masa jadi atlit lempar cakera tak ada,hehe. Kenangan manis yang hanya dibuktikan melalui pingat tergantung di rumah lol.

Episod sukan, aku ini bukan jenis yang aktif pun.hehe. Ingat lagi kecoh pasal sistem kemasukkan universiti yang memerlukan merit dari aktifnya seseorang pelajar dalam bidang sukan. Perh! Terus semangat den menyertai nya,hehe.

Start menyertai sukan lempar cakera dan rejam lembing bila form 4 ye. Tak mahu cerita rejam lembing, sebab memang tak pernah dapat pingat.hoho. Kalau lempar cakera, agak top disitu (nada poyo).hoho. Form 4 dan 5 dapat pingat perak. Tapi tak nak mewakili sekolah kerana nak bagi fokus dalam kelas lah pula. Lagipun dah tahu kalau masuk peringkat daerah mesti kalah punya. Siapa yang tak kenal seorang atlit berbangsa cina , pemegang rekod negeri Johor , datangnya dari daerah Batu Pahat, heee :D

Setakat inilah cerita ceritas pengalaman di bangku sekolah menengah.haha. Banyak lagi, tapi ini pun dah part 3. Entah-entah sampai part 10 baru habis kot. erkkk. Betul, aku tak tipu lah.

Erm,  aku juga aktif dalam nasyid. Tapi sebagai suara backup jelah,hoho. Tak nak cakap banyak lah.

Oklah, pada korang yang still student itu. Tak kiralah rendah or menengah, aktifkanlah dirimu dalam semua bidang. Enjoy sekolah itu, sebab nya zaman sekolah adalah paling syok. Fikiran still kebudakkan lagi. Bila dah masuk Universiti, korang akan mengalami perubahan minda. Matang je dan tiada lagi fikiran yang giler giler. Bosan kan?

Sekian, terima kasih.