Kembalikan kasih sayang kepada ibu bapa !

6:31 pm in informasi

Assalamualaikum,
Masalah selepas melahirkan anak kedua.

Masalah selepas melahirkan anak kedua.

Saya ingin bertanya pendapat kawan di sini,
saya mempunya 2 orang anak seorang berumur 3 tahun (Perempuan) dan seorang Lelaki (9 bulan).
Selama 9  bulan ini saya banyak memberi tumpuan pada anak lelaki saya…dan anak prempuan saya pula banyak diberi tumpuan oleh suami.
Selama tempoh 9 bulan ini saya pernah ,memarahi anak perempuan kerana kenalannya yang mmg mencabar saya kesabaran saya..seperti memukul adiknya..menyepahkan rumah serta selalu tidak mendengar arahan. Hukuman yg saya selalu beri padanya seprti menenking, memarahinya dengan nada yang tinggi dan merotannya di kaki. Baru sekarang saya sedar makin hari kasihnya pada saya makin berkurang dan apa yg saya lakukan padanya tidak sepatutnya saya lakukan.
Saya rindukn kasih sayangnya..untuk pengetahuan kawan..anak saya seorng yang bijak berkata-kata pandai mengambil hati anak perempuan saya rapat pada suami dan adik perempaun serta neneknya dan juga pengasuhnya..adakalanya dia tak nak balik ke rumah dan mahu tidur di rumah pengasuhnya dia juga selalu menyanyikan lagu untuk pengasuh ” saya sayang ibu” ,bila saya kata nyanyikanlah untuk mama dan dia jawab lagu untuk mama tiada.
Apabila saya bertanyakan padanya kakak rindu mama tak..dia akan jawab kakak tak  rindu mama…berbanding masa sebelum kehadiran adiknya..sayalah yang akan dicarinya.
Apa yang harus saya lakukan untuk merapatkn kembali kami…
Buat masa ini saya sungguh sedih .Saya ingin dia kembali pada saya.
Mohon pandangan kawan.Saya harap pandangan yang diberi harus pandagan yang membina bukan padangan yg menyalahkan saya, walaupun saya tahu saya yang salah dalam situasi ini…
Nasihat.
Just idea je,  untnk permulaan,  jangan izinkan dia tidur di rumah pengasuh, itu memang langkah yang tidak bijak kerana itu akan lebih menjauhkan dia dari puan.
Rajin-rajin tidurkan dia, bacakan kisah-kisah nabi, kisah-kisah teladan (maybe lepas tidurkan si adik) atau puan pula handle si kakak, suami puan handle si adik di waktu tidur mereka. Selalu belai dan jgn lupa minta maaf kepada si kakak atas kesilapan puan. Selalu ucapkan mama pun sayangkan kakak juga.
Perkongsian email dan credit gambar.