[Pendapat] Isteri bekerja untuk ?

1:24 pm in informasi

Isteri bekerja.

Isteri bekerja.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Satu soalan yg menarik, kenapa isteri bekerja?

Kalau soalan ini ditanya kepada saya,hanya ada dua jawapan. Pertamanya kerana saya anak sulung dan saya berasal dari keluarga yang susah dan keduanya kerana minat mengajar.

Sejak dari sekolah rendah saya bercita-cita akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu mendapatkan kerja yg baik utk membalas jasa ibu dan ayah, datuk dan nenek saya.Juga untuk menjalankan tanggungjawab seorang kakak kepada adik-adik saya. Biasiswa ketika belajar di UM dikongsi bersama adik-adik walaupun hanya berjumlah RM13,000 untuk tempoh 4 tahun.

Ketika saya berkahwin pada tahun 1990 di usia 23 tahun, adik masih bersekolah dan ada yang masih kecil. Saya merasakan tanggungjawab seorang kakak kepada adik-adik tetap berjalan. Selepas mendapat anak sulung pada tahun 1991, saya mendapat kerja sebagai tutor di tempat saya bekerja sekarang. waktu itu tanggungjawab seorang anak, cucu dan kakak telah bertambah dengan tanggungjawab seorang ibu.

Memang sepatutnya seorang suami yang menanggung nafkah isteri dan anaknya, tetapi saya tidak boleh berhenti kerja kerana saya bukan bernikah dengan anak yatim piatu. Suami juga ada ibubapanya dan adik beradiknya dan dia bertanggungjawab kepada keluarganya Dan saya tidak akan berhenti kerja kerana saya perlu membantu kedua ibubapa, datuk dan nenek serta adik-adik.apabila seorang isteri membantu suaminya dari segi kewangan,itu adalah dikira sebagai sedekah. isteri akan mendapat pahala. Tapi kepada para suami. janganlah berfikir bahawa isteri yg bekerja ini tidak perlu diberi nafkah walaupun dia mempunyai gaji sendiri. dan bagi saya alangkah bertuahnya wanita yang tidak perlu bekerja tetapi masih mendapat nafkah yang cukup daripada suaminya yang bertanggungjawab.

Keduanya kerana sejak kecil saya berminat menjadi guru. Hingga pernah saya berkata kepada seorang penemuduga biasiswa ketika di UM dulu, “I was born to be a teacher.” Jadi, walaupun ibu, ayah, datuk dan nenek sudah tidak ada, dan adik-adik pun semuanya sudah berdikari saya tetap akan bekerja selagi diizinkan oleh Allah.

Betul kata Prof Rhio, untuk wanita yang bekerja, beringatlah ketika mempunyai kerja dan pendapatan sendiri. Simpanlah sedikit untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak sebagai persiapan di masa kita amat memerlukannya. Tidak salah membantu suami, tapi kadang-kadang sedih hati melihat isteri-isteri yang diceraikan tanpa sebarang wang simpanan atau harta hingga terpaksa meminta bantuan daripada org lain. Yang ditinggalkan hanya hutang piutang suami yang bertimbun.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada saya, berdosa atau tidak jika kita memberikan sedikit daripada duit gaji kita kepada ibubapa walapun dilarang oleh suami? Bagi saya, seorang suami tidak wajar melarang isterinya memberikan duit gajinya kepada ibubapa atau adiknya. Begitu juga dengan seorang isteri, tidak wajar melarang suami memberikan sedikit gajinya kepada ibubapa suami atau adiknya. yang penting jangan sampai menyusahkan isteri dan anak2nya. kalau diikutkan tak cukup, gaji beribu pun tak akan cukup,tapi yakinlah berbuat baik kepada dua ibubapa atau keluarga kita adalah perbuatan yang diberkati oleh Allah Ta’ala.

Dan yang paling penting bagi saya kalau kita ingin bekerja, biarlah semuanya kerana Allah. membantu ibubapa, keluarga dan suami adalah perkara yang baik. Berkhidmat kepada masyarakat juga adalah satu ibadah jika diniatkan kerana Allah. Semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah, dunia dan akhirat.

wassalam
Dr fauziah

Perkongsian email. kredit gambar.