Keputusan Rasmi Peperiksaan , akhirnya sudah graduan !

Salam semua.

Hari ini, aku sangat bersyukur kerana sudah bergelar graduan secara sah even bukanlah power sangat resultnya,hehe. Penat jugalah menunggu keputusan peperiksaan/exam . Puncanya server UiTM yang lembab ini. Agaknya server adalah hosting jenis share kot,ho. Hm, rasa macam mimpi je belajar penat lelah selama 3 tahun ini sudah berjaya ditempuhi. Pelbagai rintangan dan godaan, chewah, miahahaha.

Aneka ragam manusia yang bergelar teman, kawan, musuh dan pelbagai lagi telah ditempuhi sepanjang 3 tahun itu. Yang tak boleh blah berjumpa dengan perangai kawan makan kawan, bodek pensyarah, tangan panjang kawan sebilik a.k.a roomate, copy paste assignment, toyol meniru time exam dan macam lagi. Sampai tak larat tangan aku hendak menaip keyboard ini.

Bila imbas kembali 3 tahun lepas sebelum jejak kaki ke universiti, aku pernah masuk form 6. Sebabnya tak dapat peluang masuk ke mana-mana matrikulasi dan universiti. Yelah, nama pun bukan pelajar cemerlang SPM 2006 kan, =(   Dengan selamba, aku teruskan perjuangan science stream di 6 rendah. Sumpah! Banyak godaan. Segar dalam ingatan, aku telah disoal satu soalan mudah biology oleh cikgu. Tapi entah lah time itu langsung tak dapat fikir dan jawab, lalu dipermainkan oleh bangsa lain (dikutuk dan ditertawakan dalam bahasa  ibunda mereka , termasuk cikgu itu) . Hati siapa tak panas? Betapa lahanatkan. Memang tak tahan. Dengan serius aku pun berhenti form 6 tanpa pengetahuan mak ayah.

Maybe nasib dan rezeki  menyelebahi. Tup-tup ada dua tawaran IPTA dari UiTM dan UPM. Yang bestnya keduanya di Sarawak iaitu  UiTM di Kota Samarahan  (diploma sains) dan UPM di Bintulu (diploma pertanian).
Disebabkan dasar ikut kawan, aku pilih UiTM. Atas alasan ada seorang member dapat tawaran kursus sama cuma dia ditempatkan di UiTM Arau. So mudahlah untuk kami bertukar maklumat.

Hanya terbang keseorangan, memang survival lah datang mendaftar di UiTM,haha. Maybe korang yang belajar over sea itu tak heran,hoho.

Cerita sepanjang bergelar pelajar universiti, cukuplah. Sama sahaja di mana-mana ipta pun. Alah, seperti apa yang aku tulis di perenggan kedua. Cerita pasal subjek pula paling diminati biology, chemistry dan computer. Paling tak minat adalah math, sebab  pernah dua kali kantoi.adusss. Hmmm, pasal minat belajar komputer lah, tertubuhnya blog cuberteraitest dot com ini. Sebuah blog yang asalnya bahan eksperiment HTML dan Javascript.

makanan ruji.

Liku-liku kehidupan seperti biasa. Makan tak kenyang akibat dari kekurangan duit adalah perkara lumrah insan bergelar pelajar. Maggi dan Mi Sedaap? Tak heran pun sebabnya sudah selalu menjadi juadah enak kemestian seharian. Tapi pasal makan ini, aku tak kedekut sangat,hehe. Paling best dan nyaman (bak orang sarawak madah) adalah nasi ayam penyet! Sanggup tak makan sehari semata hanya untuk pergi ke warung Raja Ayam Penyet dan sudah semestinya melantak nasi ayam penyet. Waduh! Melelir air liur daaa.

Oklah, setakat ini aku ceritakan sejarah ringkas sebelum dan apabila bergelar budak “skema”. Doakan aku dapat tawaran memasuki degree yerk!

Sekian terima kasih!