Cara terbaik untuk layan SUAMI !

Posted on the February 19th, 2013 under informasi by

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam…

Sumber

cakap main lepas! kisah HANI TARMIZI (bukan artis)

Posted on the January 22nd, 2010 under informasi,paSal saYer,tips by

Salam.

Mungkin entry kali ini agak sudah basi, he… Kamu kenal siapa itu Hanie Tarmizi? Bukan artis ya.

Hani = nama si bini
Tarmizi = nama si laki
Digabungkan jadilah Hanie Tarmizi.

Idea buat entry ini bila tengok kawan-kawan sarawak sibuk menjoinkan diri mereka dalam group FB contohnya Selipar orang Sarawak lagi cantik dari muka Hani Tarmizi.. Rekod google search a.k.a SEO juga menunjukkan traffic tinggi ow!

Mungkin diantara pembaca blog ini tidak tahu kisah Hani Tarmizi, pedulikan sahaja ok! Cuma yang pasti, hidup kita ini janganlah suka main cakap lepas. Nasib baik orang sarawak tidak saman!

Hani minta maaf. Gambar dari group FB.
Orang tua-tua cakap macam ini, “Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa”.

Alang-alang aku buat entry pasal “Main cakap lepas”. Tiba-tiba aku hendak luahkan isi hati ini, grrrrr.Sudah lama terpendam!

Aku tidak suka blogger  =

  • Kutuk orang, macam dia bagus sangat.Kiranya bajet paling best. Geli orang baca weh!
  • Berkata lucah, cerita lucah dan seangkatannya. Tolonglah sangat-sangat! Daripada cakap lucah, baik mengampu orang, lagi bagus. Sama-sama suka!haha

Dua-dua benda atas ini paling aku benci!

Aku paling suka blogger yang tahu akan etika penulisan. Tidak kiralah dia cerita pasal agama, kejayaan, susah senang, tauladan dan juga kisah dia dengan pakwe atau makwe! Janji tidak ada kaitan dengan benda 2 yang aku menyampah itu.

note= agak emosi! Kawan-kawan, tolong jangan buat entry pasal benda yang aku rasa hendak muntah itu ya! 
*TQ fiffy, aku sudah betulkan