Cerita lucah pondan !

Posted on the September 10th, 2013 under informasi by

Haha, cerita lucah pondan ini hanyalah kata kunci untuk hari ini. Misi bermain dengan keyword lagi lah ya. Bila cerita fasal cerita lucah pondan ini, teringat waktu aku diploma di UiTM Kota Samarahan , Sarawak. Bukan kisah lucah, cuma kisah geli sahaja lah aku nak cerita.

Bilik sebelah aku semuanya pondan, macam mana boleh dapat satu bilik di KoleJ Mulu itu pun aku pelik lah. Nak jadikan cerita, diorang ini mandi memnag berkemban, siap ikat tuala atas kepala lagi ha beb. Nampak ayu begitu kononnya. Mandi lah punya lama, dekat setengah jam, apa yang digosok aku pun tak tahu.

Cerita lucah pondan  !

Cerita lucah pondan !

Yang paling menyakitkan hati, bila waktu malam lah diorang si pondan ini mula buat bising, berkaraoke. bayangkan lah suara jantan bila nyanyi lagu perempuan, naik hangin aku. kalau ditegur, nanti diorang akan cakap sibuk blah kau dari sini sambil buat muka duckface.

Cerita lucah pondan yang lain pula, sebiji macam perempuan, siap badan macam kerengga itu ha. Putih gebu. Tapi sayang lah sebab dia tetap pondan. Makan pil hormon. Ada pondan cerita, dia makan pil hormon, berak berdarah, kencing kotor. Kesian.

Aku berharap sangat diorang ini berubah, sampai bila nak jadi pondan. Sedih ooo.

Oklah, jom sambung cerita di hariam metro pula:

Ubah pondan cara lembut
KUALA LUMPUR: Semua manusia boleh berubah. Itulah pendirian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) berhubung program anjuran mereka bagi membantu golongan mak nyah dan pondan yang termasuk dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk kembali kepada kehidupan normal mengikut fitrah Islam.

Pengerusinya, Hanafi Abdul Malek berkata, di sebalik bantahan keras untuk menolak gaya hidup LGBT daripada subur dalam masyarakat negara ini, semua pihak juga perlu bersedia menadah tangan jika ada sebilangan daripada mereka mahu kembali kepada hidup yang normal. Menurut Hanafi, bagi menangani masalah ini, ada baiknya masyarakat cuba berkomunikasi dengan mereka melalui pendekatan dakwah daripada membuat pembetulan secara membuta tuli. “Mereka juga manusia dan ada perasaan, jika dapat memahami mereka, tidak menjadi masalah untuk kita menarik mereka keluar daripada cara hidup songsang ini. “Di Sidim, kami sudah jalankan banyak program membantu mak nyah dan pondan, ramai sebenarnya di kalangan mereka yang mahu berubah, masalahnya mereka tidak tahu arah tuju dan ke mana hendak mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui. Bersama Sidim, beliau melaksanakan program mukhayyam iaitu perkhemahan untuk mak nyah yang dianjurkan atas inisiatif Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Program mukhayyam yang pertama diadakan di Jelebu, Negeri Sembilan, pada Mac 2011 dan selepas beberapa siri dijalankan ia terbukti berjaya membantu golongan itu untuk berubah.

Menurut Hanafi, dalam keadaan tertentu golongan ini menghadapi tekanan perasaan yang cukup menyedihkan, terutama bagi golongan transgender iaitu golongan lelaki yang membuat pembedahan pertukaran jantina. “Bukan mudah bagi mereka, terutama yang sudah menukar jantina untuk tampil dan menyatakan hasrat mereka berubah, sebab itu kami cuba bantu mereka dengan pendekatan kasih sayang. “Kita ajak mereka kembali kepada agama Islam, tetapi bukan secara drastik. Bermula dengan kita bawa solat Jumaat, kemudian solat lima waktu,” katanya ketika ditemui.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ubahpondancaralembut/mobile/mArticle

So, pondan di luar sana, tingkatkan iman anda jika mahu berubah ya. Peaco yoo.

Gay di universiti !

Posted on the April 7th, 2014 under informasi by

Saya siswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang gay. Saya mempunyai pasangan yang ingin menjalin hubungan serius de­ngan saya, tapi agak keberatan kerana niat saya hanyalah untuk memuaskan nafsu saja.Namun, saya terhutang budi kepada pasangan kerana dia banyak menghabiskan wang untuk saya. Pelajaran saya juga merosot sejak berkenalan dengan si dia kerana kini kurang mengadakan perbincangan dengan kawan sekuliah.

Saya juga semakin hilang kawan. Tolonglah saya Dr. Apa yang harus saya lakukan? Saya sudah masuk ke dalam perangkap yang saya buat sendiri.MAHU BEBAS,Perak Amalan seks secara songsang diharamkan dalam agama. Contohnya ayat al-Quran menceritakan mengenai umat Nabi Lut (juga dikenali sebagai Bani Sodom) yang dibinasakan dengan kemurkaan Allah kerana terbabit dalam tindakan homoseksual.

Perbuatan seks sejenis ini dikeji dan dihina Allah, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 80 dan 81)

Perhubungan adik dan pasangan jelas sekali berdosa dari segi agama. Apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sering kali diakibatkan oleh perbuatan sendiri. Dalam permasalahan adik, apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan hidup sendiri. Dari beberapa aspek seperti seksual, kewangan dan emosi, pasangan adik dilihat dapat memenuhi keinginan seks, kewangan dan keselesaan hidup diri adik.

Sementara dari aspek lain pula, sekiranya adik tidak menghalang diri untuk menerima pasangan memasuki ruang hidup adik, tiada siapa yang menentukan kecuali diri sendiri. Dr akui untuk meninggalkan seorang yang dapat memenuhi beberapa kepuasan diri bukanlah mudah. Adik kena banyak berkorban. Antaranya adik perlu menerima kenyataan untuk kehilangan elemen keseronokan dan keistimewaan yang dikecapi bersama-sama pasangan adik itu.

Malah, adik juga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup selesa. Semuanya atas usaha keras sendiri. Adik juga perlu memikirkan cara untuk tidak mengabaikan pelajaran. Pelajaran dan kawan adalah dua elemen penting dalam kehidupan. Jika diabaikan kedua-dua perkara ini, adik akan kehilangan banyak hikmah dalam kehidupan.

Hubungan songsang adik dan pasangan adalah hubungan terlarang di sisi agama. Kesan hubungan terlarang ini adalah merosakkan institusi kekeluargaan. Sebarang keputusan yang adik ambil perlu memikirkan akibat perbuatan dari segi tuntutan agama dan juga kebaikan diri. Faktor lain seperti prestasi dalam pelajaran, hubungan dengan kawan sekuliah, kesediaan mempunyai keluarga seperti anak dan pandangan negatif masyarakat terhadap perhubungan songsang ini juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07