Rambut pendek muka jadi bulat !

6:25 pm in Pasal aku

baru je dapat simpan rambut 2 bulan.

Salam korang.

Kali ini cerita pasal rambut lo pulok ea? he. Kalau korang nak tahu, semester lepas aku langsung tak pergi kedai gunting rambut,hoho. Percaya tak? Sebabnya roommate aku itu pandai gunting rambut , secara manual lagi. Ala, just guna gunting dan sikat biasa. Mana main guna mesin ini. Tapi aku ini jenis tak kisah, janji nampak kemas sudah.  Yang paling penting mesti ada gunting layer. Al maklumlah , rambut aku type yang lebat. Rambut subur,hehe.

Cerita bab rambut, kalaulah, dan kalaulah U tempat aku ini dibenarkan berambut panjang kan best! Confirm nanti akan ku buat tocang dan ala-ala samurai,hoho. Entahlah, aku minat style itu yang kearah ke japan nan. Even  bagi sesetengah orang , pada pendapat mereka macam buruk.

Yang paling penting, muka aku ini bulat. Tapi tak adalah sampai macam doraemon,ekekeke. So sesuailah berambut panjang supaya dapat mengcover muka ini lebih kelihatan lonjong sedikit.

Kesimpulannya, rambut juga boleh menjadi 1st impression kepada seseorang. Kalau nak rambut panjang itu, biarlah smart dan jangan sampai kusut masai. Kalau malas sangat nak jaga rambut, jadi skin head je senang,hoho.

*Sesetengah orang kita ini senang jadi keliru dan dibodohkan. Korang pernah tengok lambang “HALAL” pada pewarna rambut? “HALAL” di situ bermaksud kandungan ia dibuat dari benda yang halal, bukan HUKUM memakai (tak termasuk mereka yang dibenarkan / diharuskan mewarnakan) pewarna rambut  itu HALAL.

Sekian terima kasih :)

Lupa nak bagitahu, rambut dah kena potong tadi. Jadilah macam budak sekolah,hehe.