Beza betul peraturan kolej uitm sarawak dan shah alam !

11:17 am in Pasal aku

rambut panjang sudah tiada!

Salam korang.

Akhirnya syukur dapat buat rayuan kolej. Kalu tak,  pening jugalah tak ada tempat nak berteduh.heee.

Pengalaman hari ini memang best. Seperti tajuk entry lah kan. Seriously , uitm kampus sarawak adalah terbest! Peraturan yang sangat “santai” saje. Janji korang belajar, bab pakaian yang agak tak straight to the point.

Berbeza di main kampus uitm ini. Memang aku baru merasakan diri seorang pelajar,miahahah. Aku pernah bagitahu korang pasal entry yang lepas iaitu mengenai potong rambut. Aku potong rambut memang agak pendek. Orang kata standardlah kan macam budak sekolah. Tapi tadi masa nak daftar kolej ini, PERH! resident kolej ini kata rambut aku PANJANG! Dia suruh potong dahulu, then baru daftar. Apa boleh buat, gagahkan saja langkah ke kedai gunting rambut. Malas mahu fikir, aku suruh pak cik itu potong ala-ala botak komando.

Bila dilihat berulang kali muka ini, macam budak skema je,hehehe. Sudahlah sebelum ini berambut panjang pun orang kata aku macam budak sekolah. Inikan pula berambut pendek! hoho.

Oklah korang. Hari ini bermulalah kehidupan pelajar baru. :)

Sekian , terima kasih.