Bahulu Lapis orang Johor !

10:57 pm in fakta, informasi, Pasal aku

Number of View: 35805

Assalamualaikum semua.

Walaupun raya sudah seminggu lebih, tapi adat orang melayu semenanjung raya adalah sebulan. ooho… So mari ber-mode raya lah.

Kali ini nak cerita sedikit mengenai kuih raya yang agak terkenal di Johor  Darul Takzim.  Apa lagi kalau bukan BAHULU LAPIS. Bukan “bau lu” ea.haha. Dahulu, masa belajar di Sarawak aku pernah bawa bahulu lapis dan gulung ke sana. Ternyata rupanya roommate aku (sarawakian) begitu teruja dengan keenakkan baulu lapis dan gulung ini,hehe. Padahal dalam hati aku berkata, “Sedap lagi kek lapis sarawak kepunyaan negeri korang”. Lalu aku hanya anggap sabah dan sarawak je yang tak pernah jumpa.

Oh ya!

Semalam aku tulis status di Facebook, ”

kesian kawan aku, 1st time dia makan bahulu lapis… hohoho.. ganu memang xde ke?

Ini semua angkara roommate di sini (aku sudah di shah alam)  yang berasal dari Terengganu yang berkata first time jumpa bahulu lapis dan gulung. LOL. So maknanya orang selatan je lah tahu bahulu ini ya? Sebab apa aku berani kata? Buktinya dari komen-komen status tersebut.

Dalam itu ramai juga yang pengkomen berasal dari Kelantan dan Terengganu cakap “takde”.  Maka confirmlah bahulu lapis dan gulung tidak pernah wujud di pantai timur. Selain pantai timur aku tak tahulah,hehe.

Kesian ya korang, mari aku kasi kenal:

bahulu lapis

bahulu lapis

bahulu gulung

bahulu gulung

Sebenarnya apa yang membezakan cuma bentuknya dan lapisan. Setiap lapisan untuk bahulu lapis dan gulung mempunyai jem. Biasanya jem nenas lah.Bentuk pula seperti nama iaitu lapis dan gulung.

Hm, tapi kebanyakkan bahulu zaman sekarang kurang sedap. Yelah dah moden. Buatnya dari oven , tak macam zaman dahulu bakar pakai sabut kelapa kan.

Hm, oklah. Itu je wikipedia hari ini. Sekian terima kasih!

Kredit gambar bahulu gulung dan bahulu lapis.

korang cari di google ?