Debat Bahasa Melayu peringkat asrama -part 2-

7:06 am in Pasal aku

takut diorang dengan kami!

Salam semua,

Hehe. Hari ini kelas cuma 1 je. So dapatlah update blog. Sambungan yang hari itu. Mengenai kawad. Tapi kali ini cerita tentang penglibatan aku dalam debat pula, heee.

Gambar atas itu, time kami mewakili asrama SDBL. Sebenarnya kami ini baru je berjinak-jinak dalam bidang terjun debat, heee. Akibat tak ada wakil, so kamilah yang masuk. 1st time mewakili asrama dalam karnival asrama peringkat Batu Pahat. Just dapat number 3 dari 6 buah asrama tak silap. Hebatlah itu kan, sebabnya kami pun lawan bukan calang-calang, ada yang wakil Johor ooow.

Time form 6 (sekejap je sebab menunggu panggilan Universiti), kitorang lagi yang masuk. heee. Niat kitorang memang nak enjoy. Tak kisahlah kalah atau menang. Memang tak boleh blah. Istilah form 6 kan agak kedewasaan . Sebelum start berdebat, adatlah kita berkenalan dengan pihak lawan. Apalagi! Time inilah kitorang menggunakan pendekatan psychology! Bila bual je mesti kitorang selitkan perkataan:

Kitorang ini budak form 6.

Korang bayangkan, sudahlah yang kitorang cakap itu dengan budak form 2 and 3 , memang diorang cakap sendiri takut nak  lawan dengan kitorang yang abang-abang ini, kih3x. :D Dari situ je kitorang dah menang moralkan. Masa lawan jangan cakaplah, habis kena “kitai” budak-budak itu. Ada yang sampai tak tahu nak balas apa. Muka nak  menangis pun ada, hahaha.

Tapi apakan nasib, sampai suku  akhir je lawan dengan budak form5 yang wakil negeri Johor itu. Kitorang still dapat menyerap tekanan. Senang kata dalam posisi 50-50 untuk menang. Haish! Mestilah pengadil itu bagi diorang menang, nanti malulah pasukan negeri kalah dengan kitorang ini kan. So, dapatlah number 3 lagi.

Ok, ayat yang paling suka aku jawab kalau orang mencelah adalah:

Terima kasih. Maaf, anda membazir waktu saya sebabnya masih banyak lagi hujah yang perlu saya kemukakan.

Ada kawan aku (yang pakai rambut palsu di gambar) nak guna sangat ayat itu, tapi lepas jawab macam ayat diatas dia diam pula. Mati idea nak cakap lagi daaa. Apalagi, ketawalah semua orang, haha.

Oklah, sekian sahaja. Ada sambung cerita lain nanti, hehe.

Terima kasih.