Ayat ayat memikat perempuan dan cara cairkan !

Posted on the August 23rd, 2013 under informasi by

Memikat peremouan bukanlah satu seni, tepi memikat perempuan juga perlu teknik. Bermain keyword lagi, kali ini iaitu cara atau ayat ayat memikat perempuan punya hati , hehe. Amboi, untunglah siapa yang google tajuk itu. Macam admin tak ada hati dah nak pikat perempuan, kosong-kosong.

Perempuan ini sebenarnya sangat sukar difahami sebab terlalu berahsia, tapi kalau sudah sebati mesti korang akan faham punya. Bawah ini kisah seorang doktor kikis wanita, ha kaum perempuan jangan terpedaya dengan janji manis ya.

JOHOR BAHRU: Bermodalkan kata-kata manis dan statusnya sebagai doktor di sebuah klinik swasta, seorang lelaki berusia 44 tahun bukan saja bijak memikat wanita untuk dijadikan isteri, malah mengikis wang teman hidupnya itu.

Bagaimanapun, tembelang sebenar terbongkar apabila isterinya hidup menderita selepas lelaki terbabit mula mengikis wang serta sanggup menjadikan isteri sebagai penjamin untuk memohon pinjaman bank sebelum akhirnya menceraikan dan meninggalkan wanita berkenaan menanggung hutang dengan institusi perbankan.

Bekas isteri pertama lelaki itu, Nora Ahmad, 42, ketika mendedahkan masalahnya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, di sini, semalam berkata, suaminya pernah mempunyai empat isteri wanita tempatan pada satu masa, tetapi tiga daripada mereka diceraikan sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama isteri keempat.

Jururawat klinik swasta itu berkata, bekas suaminya itu meninggalkan beban hutang kepadanya apabila secara menipu menggunakan tandatangannya ketika memohon pinjaman di sebuah institusi perbankan tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, akibatnya, dia kini berdepan risiko diisytihar muflis menyebabkannya bingung memikirkan nasib apabila saban hari diburu institusi perbankan yang menuntutnya menjelaskan hutang RM58,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

http://www.hmetro.com.my/articles/Doktorkikisduit3isteri/Article/

BAGI pasangan sedang ghairah dan mabuk bercinta, 14 Februari adalah Hari Kekasih atau Valentine’s Day saat bahagia yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Ini kerana pada hari berkenaan, teruna dan dara akan menyambutnya dengan sepenuh jiwa dan raga sebagai tanda hangatnya kasih sayang mereka dalam melayari bahtera percintaan. Biarpun begitu, perlu difahami sejauh manakah kewajaran hari tersebut disambut dan diraikan umat Islam.

Dalam konteks ini, secara umumnya dalam budaya masyarakat kita tidak ada sedikit pun kebaikan atau keperluan untuk menyambut hari tersebut bahkan didapati lebih banyak keburukan dan kemudaratan berlaku setiap kali tibanya tarikh keramat 14 Februari berkenaan terutamanya kepada golongan remaja dan dewasa seperti kewujudan pergaulan bebas sehingga berlaku perzinaan, majlis tari-menari yang melekakan dan hidangan arak, hiburan melampau dan pelbagai masalah keruntuhan akhlak lain. Lebih malang lagi, ada yang sanggup menggadai maruah dan harga diri sebagai simbol cinta dan kesetiaan kepada sang kekasih sehingga sanggup melakukan zina yang amat ditegah agama. Oleh yang demikian, akibat negatif daripada sambutan hari tersebut, masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan tidak menyambut dan meraikan Hari Kekasih itu dalam apa cara sekalipun. Ini kerana sambutan hari berkenaan amat bercanggah dengan akidah Islam dan mempunyai unsur ajaran Kristian yang dibawa masyarakat Barat bagi merosakkan akidah umat Islam.

http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_PerlukahHariKekasih_/Article

Apa perlu buat sebelum kahwin ?

Posted on the March 28th, 2014 under informasi by

Sebelum berkahwin, kebiasaan pasangan akan bertunang dahulu. Ada yang menganggap bertunang itu adalah perkara biasa, tetapi sebenarnya bertunang adalah cara untuk kita lihat sejauh mana serius pasangan kita untuk ke gerbang perkahwinan. Awas! Sebelum bertunang itu juga penting, untuk mengelakkan perkara yang tak sepatutnya berlaku !Jom baca artikel bawah:

Selidik latar belakang pasangan sebelum bertunang

KES putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang kerap berlaku dalam masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik, biarpun salah satu pihak pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pembatalan itu.

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang mana pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin pada masa depan dalam tempoh dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik sebelum majlis meminang. Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang.

Biasanya merisik bertujuan bagi pihak lelaki mengetahui mengenai perempuan hendak dipinang. Pada masa sama juga pihak perempuan boleh bertanya mengenai lelaki yang masuk merisik itu. Pengumpulan maklumat kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan tidak ada perkara yang sengaja disembunyikan. Banyak kes putus tunang disebabkan tidak mengetahui identiti sebenar pasangan masing-masing.

Sikap menyembunyikan fakta diri atau sengaja menyatakan perkara yang tidak tepat membawa kesan buruk hingga mendatangkan tidak puas hati yang membawa kepada putus pertunangan. Kes putus pertunangan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi jika berlaku ketika waktu perkahwinan terlalu hampir. Persiapan majlis perkahwinan diadakan dan tetamu sudah diundang. Pembatalan perkahwinan pada saat-saat akhir bukan saja mengecewakan bakal pengantin, tetapi seluruh ahli keluarga. Mereka bukan saja menanggung kerugian kewangan menyediakan persiapan perkahwinan, tetapi juga maruah turut tercalar dan menerima aib pada mata masyarakat.

Mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, jika seseorang mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan jika ada, atau nilai dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, boleh menuntutnya di mahkamah.

Antara punca putus pertunangan ialah adanya gangguan pihak ketiga. Sikap mengatakan ‘baru bertunang, belum kahwin lagi’ sebagai gambaran bahawa ikatan itu mudah diputuskan amat ditegah oleh agama. Memang ikatan pertunangan tidak sekuat ikatan perkahwinan, Islam tetap menegah perkara itu dibuat main-main. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

Jelas sekali, haram bagi lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Begitu juga, perempuan yang menjadi tunangan orang, jangan sekali-kali terpikat kepada lelaki lain. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama. Akibatnya boleh menyebabkan permusuhan berpanjangan yang memutuskan persaudaraan.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki. Perempuan yang bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini berlaku jika tunangnya bersedia memutuskan pertunangan dan mengetahui ada lelaki lain ingin meminang tunangnya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). Memutuskan pertunangan tanpa kerelaan satu pihak lagi bermakna tidak menunaikan janji ingin berkahwin. Dalam Islam menunaikan janji adalah sesuatu amat dituntut. Sesiapa tidak menunaikan janji termasuk melakukan perbuatan munafik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ikatan pertunangan adalah janji secara dasarnya lahir daripada sikap saling mempercayai dan menghormati antara kedua-dua pihak yang mengikat janji. Tetapi dalam keadaan yang mana ada alasan kukuh dan demi untuk kebaikan, ikatan pertunangan boleh diputuskan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Islam mengharuskan perbuatan itu atas dasar untuk mengelakkan keburukan jika pertunangan diteruskan dan lebih-lebih lagi apabila berkahwin.

Dalam keadaan itu, kedua-dua pihak perlu berlapang dada dan tidak saling menyalahkan. Sebab itu, dinasihatkan agar pasangan bercinta atau perempuan dirisik jangan terburu-buru mengikat pertunangan. Ambillah sedikit masa untuk mengenali dan menyelidiki pasangan terlebih dulu

Nabi Muhammad memberi panduan yang terbaik bagaimana mencari pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka utamakan wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Selidiklatarbelakangpasangansebelumbertunang/Article