Ice Room Ice Cream !

4:29 pm in informasi, paSal saYer

Number of View: 3709
Mascot ice room.

Mascot ice room.

Salam.

Sudah dua kali aku ke Ice Room yang berada di cawangan Bandar Baru Bangi. Masa mula pergi dahulu memang tak excited langsung, maklumlah tak pernah rasa. Aku fikir mesti rasa macam makan ice cream biasa. Disebabkan akak aku yang belanja, rugilah tak follow kan.

1st time sampai sana, yang aku suka adalah dekorasi kedai tersebut yang berkonsepkan  moden, serba hijau dan susunan meja yang teratur. Sejuk mata memandang. Keadaannya juga bagus sebab bersih dan kemas. Memang sesuai dengan namanya Ice Room, air cond nya juga boleh tahan, sumpah sejuk. Haha.

Kedudukan meja yang kemas.

Kedudukan meja yang rapi.

Tak silap ada lebih 12 perasa ice cream, akibat terlalu banyak pilihan, pening kepala nak pilih mana satu ice cream yang paling sedap. Hadoi!. Maka pilih lah perasa keladi atau yam yang sememangnya perasa sinonim dengan diri aku.

Oh ya, Ice Room bukan semata menyediakan ice cream sahaja, tapi ia ada makanan western dan masakkan Malaysia.

Perasa keladi.

Perasa keladi.

Semalam kali kedua aku ke sana, aku sungguh excited nak try perasa durian sebabnya masa 1st pergi dulu itu aku sempat “pow” abang ipar punya. Fulamak ! Memang sedap gaban seh!

Kami pergi berempat, 3 orang makan perasa durian cuma seorang lagi pilih lain sebab dia agak kurang dengan durian.*Menunjukkan perasa durian disukai ramai, Hehe.

Perasa durian.

Perasa durian.

Perasa durian kegilaan kami !

Perasa durian kegilaan kami !

Pada aku , perasa durian ini memang pure giler.  Siap ada bau dan serat-serat lagi , bayangkanlah :D Cakap banyak pun tarak guna kalau korang tak try kan?

Cawangan Ice Room juga terdapat di Kota Damansara, Melaka Hatten Square, Kajang, Banting, Nilai dan Cheras.

Apa lagi, cepatlah cuba !

Credit gambar dari fan page Ice Room.

korang cari di google ?