Resepi Burasak dan Lepat Luih.

August 23, 2010 in informasi, Pasal aku

Number of View: 15143

burasak terbaik!

Assalamualikum semua!!!

Burasak, burasak, burasak , burasak dan burasak, heee.  Dalam kepala ini asyik fikir tak sabar nak makan burasak bila raya nanti. Mesti ada diantara korang yang mungkin tak tahu apa itu burasak? Yes! Ia adalah resepi tradisi kaum bugis (darah bugis mengalir dari keterunan mak aku).  Tapi bila tiba time raya je lah.Kiranya kalau orang melayu makan ketupat atau lemang.

Makanan ini memang special, tak sah kalau tak makan di pagi raya. Baunya yang harum, lagi harum dari ketupat, heee. Bentuknya berbucu tiga memanjang. Cicah bersama ikan (yang banyak tulang itu, maaf aku lupa,heee) masak asam pedas! Cuba korang bayangkan, mesti terliur punyalah.  Mari sini aku kongsikan cara buat burasak yang enak ini:

Burasak.

BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.

CARA MEMBUAT
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.

Selepas masak nasi tadi dibiarkan agak sejuk sedikit dan barulah dibungkus menggunakan daun pisang Semasa membungkus nasi hendaklah ditekan-tekan supaya ia tidak peroi. Setelah siap membungkus ia akan dijadikan sebuku (setiap buku mengandungi 10 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Orang bugis kata dimana ada burasak disitu ada lepat Luih. Tapi aku tak suka sangat,heee. Meh sini resipinya:

Lepat Luih.

BAHAN-BAHAN
5 kg beras pulut

Santan (5 biji kelapa)

Sedikit garam

Daun pisang muda

CARA MEMBUAT
Pulut hendaklah direndam semalaman.
Selepas direndam pulut tadi dikukus hingga masak.
Setelah dikukus pulut tadi digaul bersama santan yang telah dimasak (santan hendaklah dimasak dahulu selama 3 minit).
Selepas sebati baru proses membungkus dilakukan menggunakan daun pisang dan dibentuk segi tiga. Setiap bungkusan akan diikat dijadikan sebuku (setiap sebuku mengandungi 6 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian rebus selama 3 1/2 jam.

Selepas itu ia dibiarkan sejuk dan boleh dihidangka.

Terima kasih dan kredit. Gambar.

Psst: Nama je aku ini ada keterunan Jawa dan Bugis, tapi nak cakap bahasa ibunda itu sorilah… Tak faham dah… but certain perkataan still boleh. :) Sebabnya mak abah tak ajar anak-anaknya untuk bertutur bahasa itu.

Sekian terima kasih.

Quiz: Apa maksud “Aga gareba” di atas? Jangan tanya pak cik google ea… 8)

korang cari di google ?