Raja Ayam Penyet di Kuching sedap!!!

March 21, 2010 in kuching, nasi ayam penyet, raja ayam penyet kuching

Number of View: 5447

Salam.

Tiba-tiba kali ini aku nak cerita pasal lokasi nasi ayam penyet yang terkenal di Kuching iaitu Raja Ayam Penyet. Bersebelahan Masjid Bahagian Kuching.Lebih kurang mengambil masa 30 minit perjalanan dari Airport Kuching. Kedai ini memang simple habis. Orang kata umpama konsep warung tepi jalan saje,hehe. Don’t judge the kedai by it’s rupa.haha.

Orang cakap kalau datang ke Sarawak ini rugi tak beli kek lapis dan merasa mee kolok. Tapi pada aku lah kan,  rugi lagi tak merasa nasi ayam penyet.haha.  Sejarah nasi ayam  penyet ini sebenarnya berasal dari Indonesia Borneo. Dekat sana dipanggil nasi lang.

Oklah, aku tak nak cerita pasal sejarahnya. Tapi yang penting aku nak cerita sangat ini pasal kesedapan yang teramat! mengancam!

Layan gambar dulu ok=

Banner penyambut tetamu.
 Macam-macam penyet ada.
Perh! tak pernah lengang punyalah.

 Inilah Ayam Penyet.Hanya menggunakan camera hp, so tak dapatlah aku kasi mutu gambar yang terbaik.
Nasi ayam penyet ini simple saje sebenarnya. Tapi pada aku yang penting sambalnya. Kandungan dalam 1 set nasi ayam penyet adalah semestinya nasi dan ayam goreng berempah, sambal dan ulam raja.
Aku nak cerita lebih pun susah sebab benda ini memang sedap sangat. Boleh jadi gian punyalah beb! Tapi yang penting nasi ayam penyet ini kena makan panas-panas. Kalau sejuk dah hilang sengat, hehe.
Oklah, sekian saje jalan-jalan cari makan di cuberteraitest.com . hehe.
Terima kasih. =)

korang cari di google ?