Kek lapis DAYANG SALHAH. jom ikut aku melawat.

May 14, 2010 in kek lapis ayam penyet, kek lapis dayang salhah, kek lapis kampung boyan, kek lapis kuching, nyaman kek lapis, sedap kek lapis sarawak

Number of View: 6731

Salam korang.

Kali ini, aku nak jadi guide pelancong pula  lah. haha.
Maybe ada diantara korang yang ingin atau akan melancong ke Sarawak? Orang kata rugi kalau tak beli buah tangan dari sana, terutamanya KEK LAPIS atau KEK BATIK. Nang nyaman gilak.

Jom kita mulakan perjalanan ke Kedai kek lapis Dayang Salhah. (kedai kiranya famous la tu).
Mula-mula, korang kena pergi menaiki sampan untuk ke seberang dari Waterfront menuju ke Kampung Boyan. Aku lupa lah bayaran sampan itu berapa, tapi agak murah lah juga,hehe…

Waktu sampan ini beroperasi dari jam 8-11 malam sahaja ok.
Lepas itu korang dikehendaki berjalan kaki lebih kurang 100 meter.

Korang akan lalui deretan kedai yang menjual cenderahati dan kek lapis juga.
Teruskan perjalanan sehingga terjumpa signboard dan rumah bertulis “Kek Lapis Dayang Salhah“.
jangan malu-malu,masuk je.
Sebelum membeli, cuba try test lah dulu tester ok.
Kalau aku memang tak malu, melantak  je la.haha.Tips=jangan makan ulang kek yang sama, takut lidah korang berlaku konflik. Nanti pening mana satu yang sedap,hehe.

 

Pilih jelah. Kalau yang kek lapis biasa bersaiz kecil macam aku pegang itu dalam rm10 jek.Besar dalam rm30. Tak silap, yang coklat mahal sikit.
Kesukaan aku adalah cheese!
Yang ini Kek batik. Rumit nak buat kek ini.
Aku pernah jumpa di semenanjung harga kek lapis biasa jek dijual rm50 yang kecil. Besar sampai rm120. Perh! berlipat kali ganda harga asal.
Kalau korang nak tahu, kek ini ada 2 jenis iaitu diperbuat dari planta atau butter. Kek lapis dari planta (macam gambar diatas kecuali kek batik) murah , yang dari butter mahal dan tentulah lagi sedap! Senang nak beza, butter punya bau lagi wangi dan ia juga lebih berat.
*Kek lapis dayang salhah banyak yang dari planta je.
*Aku baru je sampai rumah malam kelmarin, tapi hari ini semua kek yang dibeli sudah tinggal separuh. Betapa sedapnya kek ini kan, hoho.
*Ada lagi satu tempat makanan perlu dicuba try test juga iaitu Raja ayam penyet. Sedap ooo.
Sekian Terima Kasih.

korang cari di google ?