Iklan beli handphone canggih guna PTPTN atau JPA. Memang idea mata duitan.

May 17, 2010 in ansuran beli handphone, ansurans beli laptop, perangai mata duitan, salah guna ptptn atau jpa, syarikat mata duitan, tipu duit pelajar universiti

Number of View: 4599

Salam korang!

Hoho. Ingatkan cuti sudah bermula bolehlah aku blogwalking habis-habisan. Rupanya line Maxis beruk band dekat kampung tercinta ini tahap GPRS jek! Aduh! Sedih betul lah. Bila la maxis ini nak power ek.hmmm. Bukan apa, maxis broadband ini laju sebenarnya dan mengalahkan broadband tanpa wayar yang lain. Tapi itu lah kan, maxis ini laju kalau ada line 3G je,adusss.

Siapa punya blog yang berat itu,  just dapat baca jek. Nak komen mesti loading error, haha. Tapi aku tetap nak komen!

Ok, berbalik tujuan entry ini ditulis. Cuba try test korang perhati betul-betul keratan iklan di sebuah dada akhbar bawah ini,
Layan….

Beli handphone canggih guna PTPTN / JPA secara ansuran setiap semester.
Aku rasa sudah kemaruk hendak makan duit student lah ini. Apa punya syarikat lol, agak la wei. 1st time aku baca pasal iklan ini, agak terkejut! Biar betul. Sampai macam ini sekali pemikiran atau idea samdol diorang bila berniaga. Sedarlah sikit, duit itu pinjaman/biasiswa. Tujuannya adalah untuk menampung kos sara hidup para students sepanjang di Universiti, bukan untuk beli handphone canggih.
Dahulu, aku pernah juga dapat surat juga dari syarikat tersebut. Modus operandi sama juga, iaitu bayar ansurans setiap semester untuk sebuah laptop. Hal ini memang aku setuju giler. Laptop memang amat berguna  zaman ini, lagi-lagi yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi. Paling penting ia sangat membantu students yang kurang berada untuk membeli laptop secara cash. Niat syarikat ini memang terbaik lah kan, tapi apabila aku baca forum pasal syarikat ini? aduh. Teruk. Ramai yang dapat laptop brand lain, tak seperti apa yang mereka inginkan. Sedangkan mereka ini sudah bayar wang pendahuluan kepada syarikat tersebut. Apa maksudnya itu ek? *macam berbelit je ayat aku atas ini, hehe.

Nasib baiklah iklan tersebut disiarkan bila sudah cuti semester,haha. Kiranya duti PTPTN para student sekalian sudah habis. Apalah, lain kali buat iklan awal semester, hoho.
Buat kawan-kawan, korang tak payah lah jadi gedik pula cuba try test nak beli. Jangan jadi ” biar papa ,asal bergaya” sudeyyy.
Sekian terima kasih.

korang cari di google ?