Ice Room Ice Cream !
July 27, 2011 in informasi, paSal saYer
Salam.
Sudah dua kali aku ke Ice Room yang berada di cawangan Bandar Baru Bangi. Masa mula pergi dahulu memang tak excited langsung, maklumlah tak pernah rasa. Aku fikir mesti rasa macam makan ice cream biasa. Disebabkan akak aku yang belanja, rugilah tak follow kan.
1st time sampai sana, yang aku suka adalah dekorasi kedai tersebut yang berkonsepkan moden, serba hijau dan susunan meja yang teratur. Sejuk mata memandang. Keadaannya juga bagus sebab bersih dan kemas. Memang sesuai dengan namanya Ice Room, air cond nya juga boleh tahan, sumpah sejuk. Haha.
Tak silap ada lebih 12 perasa ice cream, akibat terlalu banyak pilihan, pening kepala nak pilih mana satu ice cream yang paling sedap. Hadoi!. Maka pilih lah perasa keladi atau yam yang sememangnya perasa sinonim dengan diri aku.
Oh ya, Ice Room bukan semata menyediakan ice cream sahaja, tapi ia ada makanan western dan masakkan Malaysia.
Semalam kali kedua aku ke sana, aku sungguh excited nak try perasa durian sebabnya masa 1st pergi dulu itu aku sempat “pow” abang ipar punya. Fulamak ! Memang sedap gaban seh!
Kami pergi berempat, 3 orang makan perasa durian cuma seorang lagi pilih lain sebab dia agak kurang dengan durian.*Menunjukkan perasa durian disukai ramai, Hehe.
Pada aku , perasa durian ini memang pure giler. Siap ada bau dan serat-serat lagi , bayangkanlah
Cakap banyak pun tarak guna kalau korang tak try kan?
Cawangan Ice Room juga terdapat di Kota Damansara, Melaka Hatten Square, Kajang, Banting, Nilai dan Cheras.
Apa lagi, cepatlah cuba !
Credit gambar dari fan page Ice Room.
korang cari di google ?
- abang ipar sedap
- abang sedap
- ice room
- ice room melaka
- ipar sedap
- Abang ipar
- kedai ice cream
- makanan paling sedap di dunia
- kedai ice cream paling popular
- ice room at melaka
- ice room shah alam
- ipar
- gambar ice cream ice room
- ice room bangi
- makanan paling sedap di malaysia
- resepi makanan yang tersedap di malaysia
- cawangan ice room
- aiskrim tersedap di malaysia
- abang punya sedap
- harga aiskrim ice room





















