Gegaran Meriam Ramadan dan Aidilfitri !

August 11, 2011 in informasi, peLik

Number of View: 2004
Meriam Glugu sabak bernam.

Meriam Glugu sabak bernam.

Orang kata tak meriah bulan ramadan dan hari raya tanpa letupan meriam. Bagi orang melayu di Malaysia, meriam sudah menjadi tradisi sejak sekian lamanya. Sejarah asal meriam ini dimainkan masih tidak diketahui. Mungkin itulah satu aktiviti mengisi waktu terluang di bulan ramadan dan tanda meraikan kemenangan di bulan syawal.

Kebiasaan meriam dimainkan oleh kanak-kanak atau remaja. Dengan menggunakan kalbait iaitu sejenis sifat bahan mengeluarkan gas mudah terbakar, tujuan asal kalbait adalah sebagai mempercepatkan proses sesuatu buahan supaya cepat masak (peram).

Meriam terdapat pelbagai cara dimainkan, antaranya dengan menggunakan buluh, tin, batang kelapa (glugu dalam bahasa jawa), batang pinang, dan ada juga yang lebih ekstrem menggunakan tiang besi.

Mari layan video :


.

 

p/s: Teringat pernah juga main time kecil dulu, memang best. Satu kampung boleh dengar. Haha. Ada kawan yang lain dasyat main meriam tanah, macam gempa bumi je sebab gegaran tanah.

korang cari di google ?