Lepas baca cerita Pasal aku Anda baca lah juga cerita di sebelah kiri dan kanan blog ini. Serius MENARIK !!!.

Suara ku Berharap.

February 2, 2012 in Pasal aku

Number of View: 244

Kisah hari kedua kuliah FST559.

“Habis aku kena marah dengan lecturer ini, dah la masuk kelas lambat, semalam ponteng 1st kelas dia”.

Treeeet, bunyi pintu ditolak dengan pelahan.. “Harapnya lecturer ini tak marah aku lah”.

Bila pintu kelas seluasnya aku buka, tiba-tiba aku

SENTAP!!!

“Eh budak perempuan itu macam pernah aku lihat, mimpi Dejavu ? Ah perasaan aku je ini”

Apakah perasaan itu?

Sejak dari hari itu, aku pelik, PELIK dan PELIK. Apehal ntah dengan hati aku ini. Berdebar semacam bila masuk kelas itu. Aku sudah mula perasan, takkanlah sebab budak perempuan itu ? Ah malas fikir. Tapi? Argh! Tak boleh, anak mata aku memang nakal. Setiap masa pasti akan jeling si dia. Fuhhh~ Suatu perasaan yang gembira amat sukar digambarkan! Oh ya lagi satu fakta menarik, aku tak boleh lihat wajah si dia lebih dari 5 saat! Mata aku kalah!

Adakah itu tandanya chemistry?

Aih, rasa macam ada gelombang signal. Mana taknya,misalnya aku di cafe mesti aku akan rasa kehadirannya juga di situ. Tanpa mencari, signal itu datang memberi isyarat si dia berhampiran diriku. Senang kata jika aku dan dia berada di tempat yang sama, pasti ku rasa getaran dirinya. Hebat sungguh kuasa signal di antara hati ke hati..

Oi, aku tampar muka sendiri…kenapa aku ini ! Aku mula berfikir sejenak. Ahhh sudah! Aku tak nak main dengan perasaan sendiri. Aku tak nak suka perempuan sebab saje-saje, itu bukan prinsip aku !

Hati yang ikhlas.

Tapi semua itu sebenarnya pemberi isyarat bahawa aku jatuh cinta, cinta yang  ikhlas datang dari hati seorang lelaki. Bukan dipaksa, bukan mencuba, bukan segalanya, tapi hanya 1 iaitu lahir dari hati.

Wujudnya si dia, menyebabkan seorang lelaki seperti aku punya egois tinggi mula tidak keruan. Dari seorang lelaki yang beku seperti ais, tetapi disebabkan dia, aku mula mencair. Bukan kerana kecantikkannya, bukan kerana perwatakkannya, bukan kerana kepandaiannya semata-mata. Tapi…tapi lahir dari hati seorang lelaki yang sudah merasa sesuatu suara hatinya mula membentak aku MAHU kamu.

Cinta?

Suatu rasa yang amat dasyat super duper power.

Oh Tuhan, benarkah aku sudah kenal erti cinta sebenar dan siapakah dia? Jawapan YA. Aku sudah temui cinta sejati pertama kalinya yang wujud dalam hati. Nampaknya memang betul tentang perasaan, chemistry dan hati yang ikhlas membentuk satu cinta yang sejati. Terima kasih kepada si dia kerana menerimaku..

Lagu yang memberi makna bagi kita kan sayang.

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi

p/s: “Kenapa fid tak mesej aku, sedihnya”. will be continued for da next entry, hehe.

korang cari di google ?

Bye Nuffnang Welcome Innity !

July 5, 2011 in Pasal aku

Number of View: 494

Since 2009 start berblog aku sudah menggunakan ads dari Nuffnang, salah sebuah syarikat pengiklanan online terawal di Malaysia selain Adverlets. Memang tujuan aku sebenarnya buat blog bukanlah semata-mata kejar duit yang tak seberapa sangat ini, tapi sesuatu kepuasan. Mungkin ada orang cakap blog ini diari, Pada aku memang betul pun ala-ala diari. Depends pada tuan punya bloglah nak tulis apa kan. Seriusly zaman aku belajar time diploma amat membosankan dari segi hiburan, so bloglah tempat aku bersosial dengan cara agak sihat. Dari blog  lah aku tahu buat web, dapat ranking 1st page dalam google (SEO), belajar pelbagai ilmu yang dikongsi blogger lain, senang kata pembelajaran secara tak langsung. Paling aku suka baca cerita-cerita kisah orang (bukan jaga tepi kain orang ea) , kisah best, sedih, menarik,kisah tauladan, efek juga kat aku lah. So maknanya dari sejarah cerita dorang, menyebabkan aku matang sedikit kot. :D

1st cek dulu, yang cek baru dapat petang tadi tak dapat upload.

Berbalik tajuk entry ini, semenjak join Nuffnang ini dah 2 kali aku cash out, tak banyak pun just RM beratus jek. Terima kasih Nuffnang, tapi jodoh kita untuk blog ini (blog lain still ngan Nuffnang) cuma setakat tahap ini je, aku nak mencuba syarikat pengiklanan lain iaitu Innity. Oh ya, nak komen lebih-lebih pasal Innity ini pun aku tak tahu sangat, malumlah noob.Haha. Cuma ada ramai blogger bagitau Innity ini bagi ganjaran mewah sikit,hehe. Tunggu dan lihat lah.

Hari ini cash out kedua dari Nuffnang sampai, tup-tup Innity pun bagi email approved aku join dorang. Memang terbaik lah kan,hehe.

Sekian saje entry ringkas ini.

*Rasa kelakar bila baca balik entry yang 2 tahun lepas punya. Budak-budak sungguh aku,haha.

*Kalau nak apply Innity kena dapat pageview sebulan lebih dari 100k, pelawat lebih dari 30k sebulan untuk satu blog. Oklah itu iklan ini (paling atas, bawah, sidebar kanan) sentiasa ade,baru nampak kemas sikit blog ini. Hakhak

korang cari di google ?