Bas ekspres yang sesuai untuk makan angin atau naik angin!
August 31, 2010 in Pasal aku
Assalamualaikum semua!
Sudah seminggu tak update blog, memang tersangatlah busy pada minggu lepas. Banyak assignment sana sini ditunaikan dulu. Perkara penting perlu diutamakan , number dua baru blog ini,hehe.
Sebab lain tak dapat update ialah pulang ke kampung halaman di Batu Pahat , Johor. Niat dihati dapatlah update entry segar tapi line maxis broadband di kampung macam siput sedut la. Kalau buka facebook boleh pula, aduyai.
Berbalik tujuan asal tulis entry ini,hoho.Hm, biasanya kalau sebut “bas ekspres” mesti dalam kepala kita automatik fikir sebuah bas yang terus sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang perhentian macam bas loceng kan. Cuba korang bayangkan kalau naik bas loceng dari Batu Pahat ke Shah Alam? Mahu tak sakit buntut lah ea.heee
Entry ini bersifat provokasi ye. Sila faham-faham sendiri,hehe. Ok, jom sambung. Sebenarnya hari ahad yang lepas aku menaiki bas CEPAT EKSPRES dari Batu Pahat ke Shah Alam. Bergerak dari bus stand Batu Pahat dalam pukul 3.30 petang macam itu. Memang aku target sampai Shah Alam pada pukul 7.30 lebih kurang dan nanti dapatlah berbuka di kedai makan.(Abang kaunter pun cakap akan tiba 7.30 malam).
Memang menjadi kebiasaan mana-mana bas ekspres akan mengambil penumpang lain di Muar. So aku pun tak kisah. Dalam hati berkata,”Mesti lepas Muar ini bas akan masuk highway”. Ternyata jangkaan meleset! Sudah lah melalui jalan kampung, rupanya bas ini meneruskan perjalanan ke Melaka Sentral ! Aku still sabar kan diri ini. Tengok pada jam dah pukul 6.00 petang, tapi still di Melaka, aduh.
Lega sedikit dihati bila bas cepat ekspres ini memasuki highway. Tengok jam sudah pukul 7.00 malam. Memang tak boleh tidur lah kan kalau waktu dah nak maghrib sambil menunggu berbuka. Tup-tup, pelik apabila bas ini keluar simpang ke Seremban. Rupanya ada lagi persinggahan iaitu di terminal bas Seremban. Nasib baik waktu sudah lama waktu berbuka, boleh lah aku mencarut, %&%(%)*%4^(% erkkk
Tengok jam sudah pukul 8.30 malam. Perut pun kembung dengan angin. Yelah hanya berbuka dengan air dan roti je,huu. Akhirnya pada jam 9.30 malam sampai juga di terminal bas Shah Alam. Syukur.
Amacam? Rasa macam makan angin atau naik angin tak bila perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 3- 4 jam menjadi 6 jam! Masalah terpenting, tiada mention pun dalam tiket menyatakan wujudnya setiap perhentian-perhentian bas tadi.
CEPAT ke?
Sekian terima kasih.
korang cari di google ?
- gambar bas ekspres (61)
- tiket bas ke johor (33)
- kaunter tiket bas shah alam (28)
- tengok nasib (16)
- gambar perhentian bas (14)
- roti naik johor (14)
- tiket bus ke johor (8)
- bas ke johor (8)
- shah alam ke melaka (8)
- tiket bas ke muar (7)
- harga tiket bus ke johor (6)
- kaunter tiket bas seremban (4)
- bus ke johor (4)
- bas dari shah alam ke seremban (4)
- melaka to tbs (4)
- gambar bas lama (4)
- kaunter tiket bas sani (3)
- bas dari kl ke melaka (3)
- waktu tiket bas (3)
- lama perjalan tbs ke melaka (3)


















mmg mcm tu kdg2..membe sy dr jb ke kl smpai berjam jam pdhal dlm 4 jam da boley smpai.
[Reply]
fiD Reply:
August 31st, 2010 at 1:29 pm
sesuai kan untuk siapa yang suka jalan-jalan makan angin… heee
[Reply]
kau tak update seminggu. aku tak update 2bulan. amacam?
steady, aku pernah bus yang patut 4jam jadi 8 jam.
[Reply]
fiD Reply:
August 31st, 2010 at 5:42 pm
hebat mu bro, ooo… tak pe blog kan untuk masa lapang…hm, bus ko u rosak ke?
[Reply]
Dugaan bulan puasa….. Naik train lg la mengarut bro. Delay la, lambat la, rosak lah.. Adoii…
p/s: Naik Ex5 cabuk aku lagi cepat, 4-5 jam sampai KL. Kena tukar nama ni, Honda Cepat bukannya Honda Cepai…
[Reply]
fiD Reply:
September 1st, 2010 at 11:18 pm
sakit hati bro, kalau tren tak ada lah nak melencong. dia ikut jadual perjalanan,, hoho
[Reply]
ayisy Reply:
September 2nd, 2010 at 4:11 pm
Aku pernah tunggu train 4 jam. Jadual grak pkul 8pg, train dtg pkul 12 tgh hari.
[Reply]
fiD Reply:
September 3rd, 2010 at 9:30 am
perh! terbaik lah beb… kalau aku dah naik kenderaan lain …
tq kepada orang itu juga, hehehehehehe…
Lepas ini tak nak LAMBAT ekspres!
[Reply]
Masa aku study kat UITM Shah Alam dulu pun sama je Bas Cepat Ekspress ni, mesti singgah Muar dengan Melaka, nasib baik masa tu bulan tak puasa, jadi dah berbakul-bakul la aku maki*&^** &&^&^ 7565 %$#%^ *&&* .
Jadi, gunakanllah alternatif lain. Tapi kalo tiket last minit macm aku dulu terpaksalah menangung azab , naik kematu bun… duduk, tunggu bas x sampai-sampai, tidur, terjaga,tidur terjaga,tidur terjaga tak juge sampai-sampai , haih…
[Reply]
fiD Reply:
September 5th, 2010 at 2:02 pm
uhuhu, semua komen cakap bas cepat ni tak berapa bagus kan… hmmm…
[Reply]