Bahulu Lapis orang Johor !
September 22, 2010 in fakta, informasi, Pasal aku
Assalamualaikum semua.
Walaupun raya sudah seminggu lebih, tapi adat orang melayu semenanjung raya adalah sebulan. ooho… So mari ber-mode raya lah.
Kali ini nak cerita sedikit mengenai kuih raya yang agak terkenal di Johor Darul Takzim. Apa lagi kalau bukan BAHULU LAPIS. Bukan “bau lu” ea.haha. Dahulu, masa belajar di Sarawak aku pernah bawa bahulu lapis dan gulung ke sana. Ternyata rupanya roommate aku (sarawakian) begitu teruja dengan keenakkan baulu lapis dan gulung ini,hehe. Padahal dalam hati aku berkata, “Sedap lagi kek lapis sarawak kepunyaan negeri korang”. Lalu aku hanya anggap sabah dan sarawak je yang tak pernah jumpa.
Oh ya!
Semalam aku tulis status di Facebook, ”
kesian kawan aku, 1st time dia makan bahulu lapis… hohoho.. ganu memang xde ke?
Ini semua angkara roommate di sini (aku sudah di shah alam) yang berasal dari Terengganu yang berkata first time jumpa bahulu lapis dan gulung. LOL. So maknanya orang selatan je lah tahu bahulu ini ya? Sebab apa aku berani kata? Buktinya dari komen-komen status tersebut.
Dalam itu ramai juga yang pengkomen berasal dari Kelantan dan Terengganu cakap “takde”. Maka confirmlah bahulu lapis dan gulung tidak pernah wujud di pantai timur. Selain pantai timur aku tak tahulah,hehe.
Kesian ya korang, mari aku kasi kenal:
Sebenarnya apa yang membezakan cuma bentuknya dan lapisan. Setiap lapisan untuk bahulu lapis dan gulung mempunyai jem. Biasanya jem nenas lah.Bentuk pula seperti nama iaitu lapis dan gulung.
Hm, tapi kebanyakkan bahulu zaman sekarang kurang sedap. Yelah dah moden. Buatnya dari oven , tak macam zaman dahulu bakar pakai sabut kelapa kan.
Hm, oklah. Itu je wikipedia hari ini. Sekian terima kasih!
Kredit gambar bahulu gulung dan bahulu lapis.
korang cari di google ?
- bahulu lapis
- resepi bahulu lapis
- resepi bahulu gulung
- resepi bahulu moden
- kuih bahulu wikipedia
- apa itu kuih lapis
- gambar kuih bahulu
- oven bahulu
- cara cakap sarawak
- oven kek lapis sarawak
- bahulu moden
- bauhulu lapis
- bahulu kahwin
- kek lapis kelapa
- kelas bahulu gulung di johor
- kuih bahulu wiki
- khasiat kuih bahulu
- oven bakar bahulu
- oven kek lapis serawak
- resepi bahulu



















mena aih….. kek lapis mun mok nyaman harus di kukus! tp seriyes lamak diam di sitok sik kalak beli bahulu lapis ya. diat org jual nak di polah dalam oven. nampak cam kerin gilak!
[Reply]
fiD Reply:
September 23rd, 2010 at 12:19 am
yup.. mek nang suka gilak kek lapis cheese yg butter! nang nyaman habis!
ktk pergi lah beraya di johor sinun, heee
[Reply]
suka2 kuih bahulu…
[Reply]
fiD Reply:
September 23rd, 2010 at 12:40 pm
itu dia peminat yang sama macam gua, hhoo
[Reply]
errr…
serius tak pena jumpa…
apatah lg nk merasa benda alah tue kan… huhuhu…
[Reply]
fiD Reply:
September 23rd, 2010 at 12:40 pm
LOL.
ini memang kes kesian tak pernah jumpa. tak apa, nanti kalau out station ke johor pergilah cari, huhu
[Reply]
Arwah nenek aku dulu otai dalam pembuatan baulu ni. Aku pun sampai muak makan masa kecik2 dulu sbb asyik dpt free jek tiap kali balik kampung. Haha…
Raya ni dpt lah makan lagi.
[Reply]
fiD Reply:
September 23rd, 2010 at 12:39 pm
samalah macam nenek aku dahulu… aku memang suka tolong bakar bahulu itu.. sambil2 main meriam
[Reply]
aku le yg tanya tu..xpenah jumpe lg..hihi..
[Reply]
fiD Reply:
September 23rd, 2010 at 11:48 pm
tak pe bro, nanti hang dapat isteri orang johor mesti dapat merasa, hehe
[Reply]
walaupun aku orang johor tapi aku tak minat benda ni.hahahahaha…
pasal segala jenis kek dan sekutu2nya aku tak makan.
[Reply]
fiD Reply:
November 10th, 2010 at 9:09 pm
nanti kahwin tak makan kek lah ye? huhu
[Reply]