Bahasa Istana !

February 22, 2012 in fakta

Apabila baginda Tuanku bertitah, anda hendaklah menggantikan “Tuanku” setiap kali bersetuju bagi menggantikan “Ya”.
Adalah manis jika digunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” samada di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur.
Menggunakan sebutan pendek atau ringkas tidak digalakkan seperti : -

PERKATAAN RINGKAS

SEBUTAN YANG BETUL

“Tuanku minta air”

“Kebawah Duli Tuanku titah berkenan hendakkan air”

“Tuanku main golf”
“Kebawah Duli Tuanku telah berangkat minta bermain golf”

Adakalanya anda menjawab titah soalan/titah pertanyaan Tuanku, tetapi anda dengan spontan menjawabya.
Adakalanya jawapan anda itu tidak betul dari bahasa Istana tanpa disedari.

Titah tanya Tuanku
Jawapan yang betul Jawapan yang tidak betul
“Awak sudah makan”.
“Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku”. “Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku” .

“Mana pergi bola saya”

“Ampun Tuanku, patik kurang periksaTuanku”.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku”.

PETIKAN SEBAHAGIAN BAHASA ISTANA
Bil

Perkataan

Bahasa Istana

Bahasa Awam

1 Anak Paduka anakanda Pacal didik
2 Ayah/Bapa Paduka ayahanda Hamba Tua ayah
3 Adik Paduka adinda Pacal didik
4 Abang/Kakak Paduka kekanda Pacal kakak
5 Berlepas Berangkat lepas -
6 Buang air Ke sungai Ke bilik air
7 Beri/menyampaikan/pemberian
Kurnia/anugerah -
8 Berjumpa Bertemu Menghadap
9 Duduk/tinggal Semayam -
10 Hendak tahu Ingin mengetahui Mohon periksa
11 Jemput/sila Ajak Mempersilakan
12 Mandi Bersiram Mandi
13 Makan Santap Ayap
14 Marah Murka Dukacita
15 Merasmikan Menyempurnakan -
16 Pergi Berangkat -
17 Rumah Istana Pondok
18 Sakit Gering Sakit
19 Sampai Berangkat tiba Sampai
20 Saya Beta/kita Patik
21 Sudi mengunjungi Mencemar duli -
22 Setuju Berkenan Bersetuju
23 Tidur Beradu Tidur
24 Terima kasih Berima kasih Junjung kasih/junjung kurnia
25 Tidak tahu Tidak pasti/tidak tahu Kurang periksa/kurang pasti
26 Suami
Tuanku Agong/Tuanku
Sultan/Tuanku

Hamba tua suami