Lepas baca cerita 2010 September Anda baca lah juga cerita di sebelah kiri dan kanan blog ini. Serius MENARIK !!!.

Dapatkan handphone SAMSUNG murah dan berkualiti tinggi !

September 15, 2010 in fakta, Pasal aku

Number of View: 30885

samsung gt e1080f

Assalamualaikum!

Wah! 2 minggu tak update blog! Biasala raya lah kan. Pergi beraya sana sini je, sorrylah nak updated blog pun tak sempat. Cuti raya amat elok untuk kita jumpa kawan lama. So, kita enjoy! ihih.

Bab cerita raya, mesti fikir duit raya. Hm, nama pun student, so aku masih berhak dapat duit raya. hehehe. Syukur, kali ini dapat lebih kurang rm500. Gunakanlah sebaiknya, jangan membazir. Memang aku ini dah target beli something bila duit raya ada ini. Iaitu sebuah handphone biasa je merangkap yang ke-2. Bukan untuk panggilan scandal ok :P . Kalau ibu bapa yang nak bagi handphone kepada anak yang masih kecil pun sesuai.

Meh sini diperkenalkan samsung gt e1080f. Harga baru hanya rm78 sahaja! Fungsinya seperti handphone biasa, skrin bewarna warni, torch light sesuai untuk malam-malam dan tak lupa juga ringtone mp3. Berat ke? Memang ringan gaban beb. Nipis dan bentuknya juga seperti handphone mahal, haha.

Nak tengok gambar handphone beraksi di SINI.

Sebenarnya aku malas nak beli handphone baru, sebabnya nokia1110 yang guna dari form4 (dekat 5 tahun) still elok just battery je kurang ok. Tapi bila fikir mahal ow harga battery baru dalam rm60 untuk original. Better beli handphone baru jek. ohoho…

Sekian dari duta samsung. terima kasih.

:)

korang cari di google ?

Serambi Pak Engku Kuzie Catering terbaik!

September 6, 2010 in informasi, Pasal aku

Number of View: 27483

serambi pak engku

Assalamualikum semua!

Alhamdulillah kenyang berbuka pada malam yang ke 26 di bulan ramadan. Terima kasih kepada blogger bro aidy kerana menunaikan janjinya untuk belanja  makan,haha. Aku budget just buffet biasa, rupanya beliau memang mempunyai taste yang high class ow! Lokasinya di Tingkat 4, Wisma PKPS, Persiaran Bandaran, 40675 Shah Alam, Selangor . Kalau pencinta makanan siapa yang tak kenal dengan Pak Engku Kuzie Catering. Biasanya beliau ambil catering para artis contohnya time Siti Nurhaliza kahwin dulu itu.

terbaik bro!

Masakkannya memang no comment yang negative. Sesuai bagi penggemar masakan ala kampung lah. Siapa minat western baik lupakanlah niat di hati,haha. Terdiri dari 101 jenis masakkan , memang puas dan kembung perut. :D   Aku pun tak tahu semua jenis masakkan itu, tapi apa yang aku makan adalah bubur lambuk, telur merah, sayur lemak, jantung pisang lemak, ayam masak merah, rojak, siput sedut cili api,  air batu campur, kuih pelita, keria, apam balik dan lain-lain lagi. Terlalu banyak ditelan perutku ini, erkkk.

Antara hidangan tersedia.

Ada ramai juga artis , wartawan dan kenamaan yang layan buffet disini. Ada aku kisah dengan diorang, haha. Oklah itu waktu makan terhibur dengan nyanyian free diorang (free sebab kena paksa dengan tauke iaitu Pak Engku). Paling aku suka layan lagu seorang juara nyayian PDRM, memang santai daaa. For bro aidy, gua tak layan lagu lama pun, hehe :P

Persembahan free para artis, hoho

Persembahan free para artis, hoho

Tak ada camera nak ambil gambar cantik macam beliau.

Kalau dari sudut suasana agak happening giler punya. Ramai juga orang tadi, tapi semua berjalan lancar. Teratur dan tenang sepanjang waktu makan dan nyayian. Perut kenyang hati riang.

Oklah, esok aku nak pulang ke kampung.Kena tidur awal malam ini kan. Kesimpulan dari entry ini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada bro aidy yang sudi belanja makan even gaji belum masuk  kan? haha. Next puasa belanja lagi la  ea? miahaha.

Sekian terima kasih!.

korang cari di google ?