Lepas baca cerita 2010 September Anda baca lah juga cerita di sebelah kiri dan kanan blog ini. Serius MENARIK !!!.

Bahulu Lapis orang Johor !

September 22, 2010 in fakta, informasi, Pasal aku

Number of View: 34120

Assalamualaikum semua.

Walaupun raya sudah seminggu lebih, tapi adat orang melayu semenanjung raya adalah sebulan. ooho… So mari ber-mode raya lah.

Kali ini nak cerita sedikit mengenai kuih raya yang agak terkenal di Johor  Darul Takzim.  Apa lagi kalau bukan BAHULU LAPIS. Bukan “bau lu” ea.haha. Dahulu, masa belajar di Sarawak aku pernah bawa bahulu lapis dan gulung ke sana. Ternyata rupanya roommate aku (sarawakian) begitu teruja dengan keenakkan baulu lapis dan gulung ini,hehe. Padahal dalam hati aku berkata, “Sedap lagi kek lapis sarawak kepunyaan negeri korang”. Lalu aku hanya anggap sabah dan sarawak je yang tak pernah jumpa.

Oh ya!

Semalam aku tulis status di Facebook, ”

kesian kawan aku, 1st time dia makan bahulu lapis… hohoho.. ganu memang xde ke?

Ini semua angkara roommate di sini (aku sudah di shah alam)  yang berasal dari Terengganu yang berkata first time jumpa bahulu lapis dan gulung. LOL. So maknanya orang selatan je lah tahu bahulu ini ya? Sebab apa aku berani kata? Buktinya dari komen-komen status tersebut.

Dalam itu ramai juga yang pengkomen berasal dari Kelantan dan Terengganu cakap “takde”.  Maka confirmlah bahulu lapis dan gulung tidak pernah wujud di pantai timur. Selain pantai timur aku tak tahulah,hehe.

Kesian ya korang, mari aku kasi kenal:

bahulu lapis

bahulu lapis

bahulu gulung

bahulu gulung

Sebenarnya apa yang membezakan cuma bentuknya dan lapisan. Setiap lapisan untuk bahulu lapis dan gulung mempunyai jem. Biasanya jem nenas lah.Bentuk pula seperti nama iaitu lapis dan gulung.

Hm, tapi kebanyakkan bahulu zaman sekarang kurang sedap. Yelah dah moden. Buatnya dari oven , tak macam zaman dahulu bakar pakai sabut kelapa kan.

Hm, oklah. Itu je wikipedia hari ini. Sekian terima kasih!

Kredit gambar bahulu gulung dan bahulu lapis.

korang cari di google ?

Bendera MALAYSIA penciptanya ?

September 16, 2010 in informasi, Uncategorized

Number of View: 27789

pencipta bendera malaysia

Assalamualaikum semua!

Siapa pencipta bendera JALUR GEMILANG ? Teringat dahulu time sekolah ada quiz pasal itu. Menarik juga hadiah atau habuan kalau sesiapa yang dapat jawab.

Aku pun dah lupa jawapan sebenar ,hehe. Tapi yang still dalam ingatan orangnya berasal dari negeri Johor. Bangga hehehe. Bayangkanlah masa itu persaingan agak banyak, bermacam-macam pattern dari pelbagai pelukis. Akhirnya hasil idea beliau juga telah dipilih dan diguna pakai sehingga hari ini.

Setelah aku meng”google”. Maka jawapannya adalah:

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi juga mengesahkan hasil daripada beberapa rujukan.

Sebenarnya benda ini pernah jadi isu suatu ketika dahulu apabila ada pertikaian mengenai siapa pencipta bendera Malaysia.  Terima kasih kepada Yayasan Warisan Johor yang berjaya mengesahkan pencipta jalur gemilang sebenar. :)

Sekian terima kasih!

Entry khas mengenang 16 september sebagai hari penubuhan Malaysia.

kredit sini.

korang cari di google ?