Khutbah untuk Lim Guan Eng dan masjid UiTM.
August 20, 2010 in informasi, Pasal aku
Assalamualaikum semua.
Khutbah doa untuk Lim Guan Eng (menteri Pulau Pinang) menggantikan nama Yang Dipertuan Agung, sekarang tengah hot topic kan? Dada-dada akhbar begitu memberangsangkan mengenai benda ini. Macam-macam hal politik sekarang. Tak tahulah sama ada ia benar atau rekaan drama, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Oklah, saja je tulis tajuk entry pasal doa khutbah itu, nak cari traffic. Sudah lama tak bermain keyword. Menjadi tak ek? Kita lihat,heee…
Berbalik lah topik sebenar, mahu kasi tahu itu orang Islam semua, heee. Terutamanya pelajar UiTM Shah Alam, Pusat Islam kita ( CITU) sudah dibuka tadi setelah hampir 1 tahun setengah di renovate. Tadi sembahyang Jumaat memang agak selesa! Air-cond yang agak beku sesuai lah time-time puasa kan. Sejuk sikit badan. Lagi special , khutbah jumaat ada dua versi, 1 pak khatib baca dan lagi 1 siaran melalui projecter. Maybe sebagai kemudahan kepada OKU (pekak) supaya faham dan mudah menghayati isi kandungan khutbah.
Walau apa pun, syabas warga kerja UiTM , jurutera dan tak ketinggalan wak-wak binaan kerana berjaya menghasilkan rekaan dalaman dan luaran masjid yang begitu indah dan damai. Besar pahala memdirikan masjid kan.
Oklah, marilah kita beramai-ramai mengimarahkan masjid itu. Keselesaan dah ada? so tunggu apa lagi?
Sekian terima kasih!
korang cari di google ?
- ayat marah orang
- khutbah lim guan eng
- fakulti sains gunaan uitm shah alam
- fakulti sains gunaan uitm
- macam-macam khutbah
- masjid uitm penang
- sains gunaan uitm shah alam
- pusat islam uitm pulau pinang
- macam macam khutbah
- kutbah masjid shah alam
- cara buat badan bas
- blok f fakulti sains gunaan uitm shah alam
- bas shah alam ke penang
- uitm penang lancer



















